Staf JNT Digelar ‘Pencuri’! Peniaga Online Bengang Bungkusan Pelanggan Dibuka – Manis Madu
Staf JNT Pencuri-Peniaga Online Bengang Bungkusan Pelanggan Dibuka

Staf JNT Digelar ‘Pencuri’! Peniaga Online Bengang Bungkusan Pelanggan Dibuka

Isu yang melibatkan perkhidmatan kurier dari J&T ini selalu sahaja tular dan mengundang kemarahan pelanggan. 

 

Baru-baru ini salah seorang peniaga online yang memilih perkhidmatan J&T pula tampil menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap  Kakitangan dari J&T yang didakwa mencuri barang pelanggannya.

Menurut video yang dimuat naik oleh @Makcikbundle di laman sosial TikToknya, dia meluahkan rasa marah dan sakit hati terhadap sikap tidak amanah salah seorang Staf J&T yang bertindak membuka bungkusan pelanggannya dan mencuri sebahagian baju yang dihantar. 

 

Wanita tersebut memaklumkan bahawa dia sudah lama menghantar baju pelanggannya ke J&T bermula 11 haribulan.

 

Dia sangat kesal dan marah apabila pelanggannya memaklumkan bahawa beliau menerima bungkusan hitam dan kuantiti baju yang kurang.

 

“Aku post barang aku dari 11 hari bulan tak sampai-sampai. Tiba-tiba sampai hari ini customer aku cakap dapat bungkusan hitam bajunya kurang” 

 

“Siapa lagi curi kalau bukan Staf J&T! Aku tak faham J&T kau tak bayar gaji pekerja kau ke? kenapa staf kau pencuri!” 

 

Wanita itu malah pelik kenapa bungkusannya boleh pergi sampai ke Shah Alam dan Bukit Raja sedangkan alamat yang nak dihantar adalah di Klang. 

 

Tambahnya lagi, dia selama ini memilih perkhidmatan kurier dari J&T kerana sistem yang ditawarkan adalah bagus dan barangan yang dihantar juga cepat sampai. 

 

Tetapi disebabkan perkara seperti ini berlaku wanita tersebut jadi tawar hati dengan perkhidmatan kurier tersebut. 

 

“Aku memang fadeup gila dengan J&T. Aku support J&T sebab J&T cepat sampai tapi bila jadi macam ini kau memang biadap lah J&T!”.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga pernah mengalami perkara yang sama dan ada setengah darinya turut terasa dengan video yang dikongsikan.

 

“ Weh kerepek saya kena makan dengan abang J&T” –@littlefav_.

 

“Betul weh! Mak aku beli kain batik 14 helai! 7 helai kena rembat. Mak aku beria sangat tunggu, kesian mak aku” –@idayu99_.

 

“I feel you sis, i seller iphone. My customer fon hilang 4 biji pula tu” –@ainaetora_.

 

“No komen, saya hanya dispatcher yang mencari rezeki dan tiada terlintas untuk curi barang customer” –@adikjnt.

 

Setakat ini, video tersebut telah memperoleh jumlah tontonan sebanyak 754.9 ribu dan komen sebanyak 6797 ribu.

Post a Comment