Sudah Lama Berkurung, Pemuda Acah-Acah ‘Fly’ Ke Bangkok – Manis Madu
Sudah Lama Berkurung, Pemuda Acah-Acah ‘Fly’ Ke Bangkok

Sudah Lama Berkurung, Pemuda Acah-Acah ‘Fly’ Ke Bangkok

Semakin lama berkurung kerana pandemik Covid-19, makin rindu nak buat segala aktiviti sebelum wabak ini datang! Rindu food hunting, travel, tak perlu pakai mask, tak perlu jaga jarak dan kita bebas ke mana-mana.

 

Melihat situasi sekarang, perasaan Madu jadi bercampur baur. Sedih, sebak, kecewa, rindu beraktiviti macam dulu, rindu balik kampung dan lain-lain. Maduners rasa begitu tak?

 

Oleh kerana rindu untuk bercuti, baru-baru ini seorang lelaki memuat naik video di laman TikTok memperlihatkan dirinya seolah-olah sedang dalam proses menaiki kapal terbang untuk bercuti.

Lakonan bersahaja pemuda berkenaan di sekitar rumahnya namun mengguna pakai suara latar seperti pengumuman di lapangan terbang ternyata mencuit hati warganet.

 

Rata-rata warganet terhibur dengan aksi lelaki berkenaan serta tidak kurang juga yang turut meluahkan rasa rindu dan sedih kerana sudah begitu lama tidak dapat ke mana-mana.

 

Video yang dimuat naik pengguna TikTok @diva.h.a itu disifatkan sangat kreatif kerana dapat mewujudkan ‘feel’ bercuti yang semua orang rindukan meskipun hanya di sekitar kawasan rumahnya.

 

Setakat ini, video tersebut mendapat 121k tanda suka serta 4799 komen.

Post a Comment