Sudah Tipu Hidap Kanser & Kumpul Dana, Penyanyi Korea Ini Siap Saman Netizen Yang Komen Negatif – Manis Madu
Sudah Tipu Hidap Kanser & Kumpul Dana, Penyanyi Korea Ini Siap Saman Netizen Yang Komen Negatif

Sudah Tipu Hidap Kanser & Kumpul Dana, Penyanyi Korea Ini Siap Saman Netizen Yang Komen Negatif

Penyanyi asal Korea Selatan, Choi Sung Bong bertindak menyaman beberapa pengguna media sosial kerana meninggalkan komen bersifat negatif dan jelik terhadapnya, lapor laman Allkpop.

 

Komen-komen berkenaan dilemparkan kepadanya susulan netizen mendapat tahu bahawa penyanyi berusia 32 tahun itu sebenarnya menipu tentang status kesihatannya.

 

Penyanyi yang meraih populariti selepas menyertai Korea’s Got Talet pada tahun 2011 itu sebelum ini mendakwa dirinya menghidap kanser dan menjalankan kempen derma bertujuan mengumpul dana kononnya dalam usaha bebas dari penyakit tersebut.

 

Namun, ternyata perkara itu cuma sebuah pembohongan dan netizen mula menyerangnya di media sosial dengan meninggalkan pelbagai komen buruk.

 

Rentetan itu, tanpa rasa bersalah dengan pembohongan yang dilakukan, Sung Bong bertindak menyaman netizen.

 

Pihak berkuasa mendedahkan salah seorang netizen yang disaman Sung Bong hanya kerana menggelar penyanyi itu ‘sampah’ pada gambar dirinya memakai baju pesakit hospital palsu dan meminta dana dari orang ramai.

 

Dalam pada itu, seorang lagi netizen diketahui turut membuat laporan polis selepas terpedaya dengan Sung Bong atas dakwaan penipuan selepas tertipu dengan ‘penyakitnya’ dan menderma sebanyak RM530 kepada penyanyi itu.

 

“Sung Bong telah berbohong tentang penyakit kanser yang menyerang seluruh tubuhnya. Dia telah memperdaya banyak orang termasuk saya untuk menderma menerusi kempen dana yang diminta.

 

“Meskipun dia sudah mengakui penipuan tersebut dan memulangkan kebanyakan duit orang yang menderma namun dia patut memikirkan perbuatan yang telah dilakukan sangat tidak bermoral” ujar mangsa penipuan tersebut.

 

Sebagai rekod, Sung Bong diketahui berbohong dengan mendakwa dirinya menghidap beberapa jenis kanser dan telah merebak ke seluruh tubuhnya pada tahun 2020.

 

Siasatan mendapati, semua dokumen klinikal termasuk uniform pesakit yang dipakai adalah palsu dan dia mengaku berbohong sehingga berjaya meraih simpati dan bantuan kewangan dalam kalangan peminatnya.

Post a Comment