Suka Makan Telur? 4 Langkah Mudah Nak Tahu Telur Di Rumah Masih Elok Atau Tidak – Manis Madu

Suka Makan Telur? 4 Langkah Mudah Nak Tahu Telur Di Rumah Masih Elok Atau Tidak

Kalau tengah lapar teroks, dapat nasi putih panas, telur mata yang garing dan kicap pun dah rasa nikmat syurga.

 

Tapi Maduners boleh kenal pasti tak adakah telur yang ada di dapur korang dalam keadaan baik dan tidak rosak?

 

Kali ini Alif nak kongsikan dengan Maduners beberapa tips ataupun langkah untuk kita tahu telur masih elok ataupun tidak.

Langkah pertama adalah dengan menggoncangkan telur tersebut. Apabila digoncangkan, telur yang masih elok tidak akan berbunyi berbanding dengan telur yang telah rosak.

 

Ini kerana putih telur yang elok masih lagi padat di dalamnya manakala telur yang telah rosak akan mengeluarkan bunyi kerana ada rongga dan ruang di dalamnya.

crack-an-egg

Kedua, Maduners boleh tengok di sekeliling kulit telur dan pastikan tiada keretakan yang berlaku. Kalau ada retak, mungkin telur tersebut sudah busuk kerana ada bahagian dalam yang sudah tidak terlindung oleh kulit.

 

Tekstur telur yang baik juga dapat ditentukan dengan permukaan yang sedikit kasar seperti butiran pasir halus.

Kalau rasa masih belum yakin dengan hanya mata kasar, ketiga korang boleh rendamkan telur ke dalam air bagi melihat kuantiti udara yang terbentuk dalam telur.

 

Masa Maduners rendamkan telur dan jika telur tersebut tenggelam sepenuhnya, bermakna ianya masih segar dan selamat untuk dimakan.

Sumber Gambar: deenamik.com

Terakhir sekali, untuk memastikan telur tersebut masih elok ataupun tidak, Maduners boleh cuba pecahkan telur tersebut di dalam mangkuk dan perhatikan warna dan tekstur kuning telur tersebut.

 

Jika telur tersebut masih elok, warna kuning telur  lebih terang dan terbentuk elok apabila dipecahkan berbanding dengan telur yang rosak.  Warnanya lebih pucat dan menjadi pecah selain putih telurnya tidak pekat seperti biasa.

Sumber Gambar: www.whydontyoutrythis.com

Kalau Maduners rasa telur dekat rumah itu masih banyak, cepat-cepatlah habiskan sebab telur yang elok dan baik tidak boleh disimpan lebih daripada 45 hari.

Post a Comment