Suri Rumah Gunakan Makanan Untuk Hasilkan Seni Menarik – Manis Madu

Suri Rumah Gunakan Makanan Untuk Hasilkan Seni Menarik

Berbakat merupakan perkataan terbaik bagi menerangkan mengenai Janet Quik, seorang suri rumah yang menggunakan makanan untuk menghasilkan seni.

Terpikat betul Madu dengan seni-seni yang dihasilkan oleh Janet Quik.

 

Dari sebuah pinggan kosong, Janet boleh mereka pelbagai seni menggunakan pelbagai jenis sumber makanan.

Janet telah membuktikan dirinya bukan seorang suri rumah yang biasa tetapi seorang suri rumah yang boleh berbakat besar.

 

Menurut sumber temu bual Janet bersama Rojak Daily, dia menyatakan bahawa dirinya memang suka seni, memasak dan menghias.

“Seni pertama yang saya hasilkan guna makanan adalah untuk satu peraduan. Saya masih ingat lagi, Nutriplus mengadakan peraduan menghasilkan hidangan kreatif menggunakan telur” katanya.

Minat Janet terhadap memasak dan seni timbul daripada melihat ayahnya yang bekerja sebagai seorang chef di hotel.

Madu lihat seni yang dhasilkan oleh Janet begitu terperinci yang menunjukkan Janet seorang yang begitu teliti dalam menghasilkan seni menggunakan makanan.

Janet berkata untuk menghasilkan seni yang rumit dan melibatkan banyak makanan, dia akan mencari maklumat terlebih dahulu dan melakar bagi melatih supaya hasilnya akan lebih cantik.

Lihat gambar di atas ini sahaja dah buatkan Madu tergamam dengan usaha yang diletakkan oleh Janet dalam menghasilkan seni menggunakan epal. Perghh.

Gambar yang ini merupakan hasil seni Madu paling suka sekali. Memang terbaik hasil seni oleh Janet Quik.

Sumber Gambar: Rojak Daily

Post a Comment