“Surprise” Bekas Kekasih Di Hari Persandingan, Pengantin Perempuan Meraung Sampai Pengsan! – Manis Madu
Bekas Kekasih Di Hari Persandingan

“Surprise” Bekas Kekasih Di Hari Persandingan, Pengantin Perempuan Meraung Sampai Pengsan!

Seorang pengantin perempuan tiba-tiba meraung pada majlis pernikahannya selepas menerima ucapan selamat berbahagia daripada bekas teman lelaki.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di Lombok Timur, Indonesia, selepas lelaki dikenali sebagai Dayat hadir ke majlis perkahwinan bekas teman wanitanya.

 

Dia naik ke pelamin dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai menyebabkan pengantin perempuan tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak.

 

Kompas melaporkan kejadian itu tular di pelbagai media sosial selepas video mengenainya dikongsikan di TikTok.

Screenshot_2_Kejutan bekas kekasih atas pelamin

Di dalam rakaman itu, kelihatan Dayat yang mengenakan baju kemeja hitam naik ke pelamin untuk mengucapkan selamat berbahagia kepada pengantin. Ketika itu, kedengaran tetamu majlis bersorak selepas dipercayai menyedari bahawa lelaki itu adalah bekas teman lelaki kepada pengantin perempuan.

 

Dayat juga turut dilihat memeluk pengantin lelaki dan pada masa sama pengantin perempuan yang juga bekas kekasihnya itu menjerit dan menangis teresak-esak.

 

Melihat keadaan pengantin perempuan itu, individu dipercayai ahli keluarga segera membawa lelaki itu turun dari pelamin.Dayat berkata, dia menerima undangan daripada kedua-dua mempelai untuk hadir ke majlis itu.

 

“Saya hadir kerana undangan…saya hargai. Saya datang bersama keluarga pengantin perempuan,” katanya. Menurutnya, dia tidak berniat untuk menimbulkan pergaduhan mahupun kekacauan dan hanya ingin mengucapkan tahniah kepada pengantin baru.

 

“Niat saya baik datang ke majlis itu. Saya sanggup datang dari Lombok Barat ke Lombok Timur untuk melihat mereka gembira.

Post a Comment