Tabiat Hidu Deodoran Untuk Legakan Keresahan, Remaja Ditemui Meninggal Dunia!
Masalah keresahan atau lebih dikenali sebagai anxiety adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang enteng dan kini sudah ada pelbagai produk atau alternatif dikeluarkan untuk mengatasi masalah ini.
Namun, semua produk atau alternatif ini perlulah di bawah pengawasan pihak berwajib atau ia akan membahayakan.
Baru-baru ini, seorang remaja meninggal dunia disyaki kerana serangan jantung selepas menghidu semburan daripada botol deodoran untuk melawan masalah keresahan yang dialami.
Menurut laporan Daily Star, Brooke Ryan, 16, berasal dari New South Wales, Australia difahamkan berjuang melawan masalah kesihatan mental itu dan semakin memburuk ketika perintah berkurung ketat Covid-19 mula dilaksanakan di Australia.
Mayat gadis itu ditemui di dalam bilik tidurnya dalam keadaan tertiarap dengan sebuah botol deodoran dan sehelai tuala teh ditemui bersebelahannya.
Ibu Brooke, Anne Ryan mempercayai gadis itu meninggal dunia akibat tabiat menghidu semburan deodoran walaupun terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan kematiannya berpunca daripada serangan jantung.
“Brooke ialah seorang gadis yang cantik dan baik hati. Kami berasa amat sedih apabila mengetahui bahawa kematiannya memberi kesan mendalam terhadap ramai orang,” katanya.
Ternyata, aktiviti menghidu bau semburan deodoran ini dilaporkan sebagai ‘kegilaan’ baru di beberapa kawasan di Australia.
Rentetan daripada itu, bahan kimia aerosol itu terpaksa diletakkan di dalam tempat berkunci di kedai-kedai bagi menghalang remaja mendapatkan produk itu dengan mudah.
Sumber Gambar: Daily Star