Pecah Rekod! Wanita Disangka Hamil Kembar 8 Rupanya Kembar 10 – Manis Madu
Wanita Disangka Hamil Kembar 8 Rupanya Kembar 10

Pecah Rekod! Wanita Disangka Hamil Kembar 8 Rupanya Kembar 10

Baru-baru ini seorang wanita Afrika Selatan berjaya memecahkan rekod dunia baharu  setelah melahirkan bayi kembar 10.

 

Menurut laporan Africa News, wanita yang dikenali Gosiame Thamara Sithole, 37, itu menjalani proses pembedahan bagi melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan.

 

Kelahiran itu telah menjadikannya pemegang Guinness World Records kerana telah melahirkan bayi paling ramai setakat ini.

 

Pada awalnya Sithole dan suaminya Teboho Tsotetsi menyangka mereka akan menerima lapan cahaya mata tetapi setelah pembedahan mereka agak terkejut apabila mendapati sebenarnya terdapat 10 orang bayi dalam kandungan. 

 

Sithole berkata, “ Saya terkejut dengan kehamilan ini. Ia amat sukar pada awalnya. Saya hanya berdoa agar tuhan menolong saya melahirkan semua bayi ini dalam keadaan sihat”. 

 

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu sebelum ini mengaku bahawa Sithole hamil secara semula jadi tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan. 

 

Sementara itu, Timbalan Ketua Fakulti Perubatan di Universiti Sains Kesihatan Sefako Makgatho,  Profesor Dini Mawela berkata, keadaan seperti itu sangat jarang berlaku kepada seorang wanita hamil dengan bilangan kembar yang ramai tanpa sebarang rawatan kesuburan.

 

Sithole yang juga mempunyai anak kembar berusia enam tahun itu memberitahu mengenai kehamilan anak kecilnya pada lewat malam Isnin.

 

Sumber Featured Image: Kosmo

Post a Comment