Tak Ada Duit Nak Bayar Ubat Anak, Nasib Ada Yang Baik Hati! – Manis Madu
Tak Ada Duit Nak Bayar Ubat Anak, Nasib Ada Yang Baik Hati

Tak Ada Duit Nak Bayar Ubat Anak, Nasib Ada Yang Baik Hati!

Kesempitan hidup bukanlah sesuatu yang diinginkan bagi setiap insan lagi-lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan ini (PKP).

 

Baru-baru ini berlaku satu kejadian yang sangat memilukan hati apabila sepasang suami isteri dikatakan tidak berkemampuan untuk membayar kos perubatan anaknya.

 

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam pada selasa lalu mendapat perhatian warga twitter apabila salah seorang darinya berkongsi tentang kejadian tersebut.

Pemegang akaun Twitter @anne_nma bagaimanapun menceritakan detik pilu yang berlaku itu sementara dia sedang menunggu ayahnya berjumpa doktor. 

 

“Aku pergi klinik hantar ayah sebab sakit batu karang. Klinik semua dah tutup, yang bukak Pusat Perubatan Intan je. Sebab dorang bukak 24 jam. Aku tunggu ayah masuk jumpa doktor depan entrance klinik”

 

Gadis itu memberitahu dia terdengar perbualan antara salah seorang anggota farmasi bersama seorang wanita yang tidak dikenali.

tidak berkemampuan untuk membayar kos perubatan anak 01

Pada awalnya, wanita itu bertanya harga bagi kesemua kos perubatan anaknya sambil mengeluarkan 1 kad sebelum menghulurkan pada kaunter farmasi. 

 

Tetapi malangnya kaunter farmasi memberitahu bahawa kad yang dihulurkan itu tidak dapat digunakan di farmasi berkenaan.

 

Riak wajah wanita itu terus berubah sambil meninjau suami dan anakya di belakang dan membatalkan niat untuk membeli ubat tersebut.

 

“takpe la saya tak ada duit, saya tak nak ubat”

 

Kerana kasihankan bayi dan keluarga itu , anggota farmasi berkenaan secara sukarela menawarkan diri untuk membayar kesemua kos perubatan anaknya.

 

Disebabkan perasaan ingin tahu dan niat untuk membantu, gadis itu terus ke kaunter farmasi sejurus wanita berkenaan bergerak pulang dan bertanya tentang hal berkenaan.

 

Kad yang dihulurkan wanita itu tadi ternyata kad bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan hanya boleh digunakan di klinik-klinik tertentu sahaja.

tidak berkemampuan untuk membayar kos perubatan anak 02

“Untuk puan farmasi di Pusat Perubatan Intan, Kuala Terengganu. Saya doakan puan dimurahkan rezeki sebab tolong kakak dan anak dia malam tadi! Semua orang tengah struggle sekarang. Puan adalah hero di mata saya” – @anne_nma

Post a Comment