Tak Berperikemanusiaan! Lelaki 60 Tahun Rogol Wanita OKU Sampai Mengandung – Manis Madu
Lelaki 60 Tahun Rogol Wanita OKU Sampai Mengandung

Tak Berperikemanusiaan! Lelaki 60 Tahun Rogol Wanita OKU Sampai Mengandung

Perbuatan merogol sering menjadi isu yang hangat dan sering diperkatakan. Baru-baru ini satu lagi kes rogol berlaku di Bachok, Kelantan yang melibatkan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga mengandung.

 

Mangsa yang berusia 40 tahun ini difahamkan mengalami masalah kecacatan mental dan telah mengaku dirogol oleh seorang lelaki yang bekerja di kedai basikal sebelum laporan polis dibuat.

 

Tertuduh yang berusia 60 tahun itu kemudian menyerahkan diri di Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok pada rabu lalu.

 

Kejadian yang tidak bermoral ini dapat diketahui selepas kakak ipar si mangsa mendapati bahawa adik iparnya sudah lama tidak datang bulan.

 

Hasil ujian kehamilan mendapati ketika itu si mangsa sudah pun mengandung 22 minggu, namun mengalami keguguran.

 

Menurut laporan Harian Metro, Mahkamah Seksyen Kota Baharu telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan kepada tertuduh selepas mengaku bersalah merogol wanita OKU sehinga mengandung.

 

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 hingga 30 tahun dan juga satu sebatan.

 

Tertuduh merayu supaya pihak mahkamah dapat meringankan hukuman memandangkan dia mengalami sakit gout dan mempunyai anak, tetapi Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizun Sulaiman memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh.

 

Menurut beliau, sebagai orang yang sudah berusia sepatutnya dia menunjukkan akhlak yang baik dan menjaga orang kurang upaya. Tindakan ini juga wajar dikenakan untuk memberi pengajaran kepada orang awam.

 

Sumber Gambar: Voice

Post a Comment