Xiaomi Umum Telefon Pintar Rasmi Bagi BMW Shorties – Manis Madu
Xiaomi Umum Telefon Pintar Rasmi Untuk BMW Shorties

Xiaomi Umum Telefon Pintar Rasmi Bagi BMW Shorties

Baru-baru ini Xiaomi secara rasminya mengumumkan kolaborasi telefon pintar rasmi bagi BMW Shorties edisi yang ke 15 di Kuala Lumpur.

BMW Shorties 2021

Dengan gabungan hebat Xiaomi dan BMW, penonton dapat menyaksikan tayangan perdana bagi filem pendek di bawah arahan alumni BMW Shorties iaitu Dick Chua, Ananth Subramaniam dan Tan Ce Ding yang dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar Xiaomi Mi 11.

Ananth Subramaniam_bts01

BMW Shorties merupakan platform untuk mengekspresikan kreativiti sejak tahun 2006 dan telah menyediakan lebih daripada 1000 bakat yang ada di Malaysia

 

Alumni bagi BMW Shorties iaitu Dick Chua, Ananth Subramaniam dan Tan Ce Ding merupakan pemenang hadiah utama BMW Shorties pada tahun 2012, 2016 dan 2018 di mana masing-masing memaparkan karya yang hebat dan menarik.

Tan Ce Ding_bts02

Gandingan Xiaomi dan BMW Shorties juga membawakan kepada Maduners semua satu lagi kategori yang dikenali sebagai “Mobile Filmmaking Award” di mana pembuatan filem atau penciptaan kandungan digital boleh dibuat dengan hanya menggunakan telefon mudah alih sahaja.

Dick Chua_bts01

Xiaomi Mi 11 yang baru ini juga membawakan kecanggihan teknologi pembuatan filem pendek berukuran saiz poket dan terdapat tiga kamera di belakangnya.

 

Teknologi baharu yang di aplikasikan di dalam pembuatan telefon pintar Xiaomi Mi 11 ini memberi kemudahan dan kelebihan bagi menghasilkan filem pendek yang kreatif dan menarik.

 

Untuk menonton filem pendek yang dibawakan khas oleh alumni BMW Shorties, Maduners boleh ke laman Xiaomi Malaysia Facebook Page.

Post a Comment