Tak Pakai Pelitup Muka Di Khalayak Ramai, PM Denmark Mohon Maaf – Manis Madu
Tak Pakai Pelitup Muka Di Khalayak Ramai, PM Denmark Mohon Maaf

Tak Pakai Pelitup Muka Di Khalayak Ramai, PM Denmark Mohon Maaf

Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen memohon maaf kerana tidak mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka di khalayak ramai di sebalik kemunculan varian baharu Covid-19, Omicron yang menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat, lapor laman berita Wion News.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mette Frederiksen (@mette)

Frederiksen berkata, beliau menyesali perbuatannya itu.

 

“Ia satu kesilapan selepas peraturan baharu ini dikuatkuasakan. Saya tahu ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi sepatutnya bukan saya,” kata Frederiksen di platform media sosialnya.

 

“Jadi, saya jelas menyesalinya dan ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi untuk semua yang kita lakukan bersama bagi membendung penularan virus ini,” tambahnya.

 

Sebelum ini, seorang pejalan kaki melihat Frederiksen tidak memakai pelitup muka ketika membeli-belah di sebuah kedai pakaian di Copenhagen dan dia bertindak merakamnya.

 

Bukti video ini kemudiannya diterbitkan di laman web Ekstra Bladet.

 

Video itu tular empat hari selepas kerajaan Denmark melaksanakan semula peraturan pemakaian pelitup muka berikutan penularan varian Omicron.

 

Pihak berkuasa Denmark meminta orang ramai untuk terus mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka pada setiap masa ketika di berada luar rumah untuk memastikan penularan Covid-19 dapat diputuskan secepat mungkin.

 

Kejadian memalukan  itu berlaku ketika Frederiksen bersiap sedia berdepan sebuah jawatankuasa Parlimen minggu ini mengenai keputusannya menghapuskan  15 juta cerpelai pada 2020 kerana menyangka mutasi Covid-19 boleh berlaku menerusi haiwan itu.

 

Jawatankuasa itu menyiasat sama ada Frederiksen menyedari perbuatannya melanggar undang-undang.

Post a Comment