Tampil Imej Berhijab Di Laman Sosial, Instagram Nabil Ahmad dan Isteri Dibanjiri Dengan Doa Daripada Netizen – Manis Madu
Instagram Nabil Ahmad dan Isteri Dibanjiri Dengan Doa Daripada Netizen

Tampil Imej Berhijab Di Laman Sosial, Instagram Nabil Ahmad dan Isteri Dibanjiri Dengan Doa Daripada Netizen

Isteri kepada pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, Zira Ayub mencuri tumpuan warganet dengan penampilannya yang mengenakan hijab. Manis betul Madu tengok!

 

Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, 32, berkongsi sebuah video TikTok yang dirakam bersama anak sulungnya, Naira Mikayla menerusi laman sosial Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Dalam perkongsian itu, Zira mengenakan tudung selendang berwarna putih sambal membuat mimik muka comel bersama anaknya.

 

Rentetan daripada itu, di ruangan komen, bekas pramugari Air Asia itu dibanjiri dengan pujian, doa dan kata-kata positif dari warganet.

 

Terdapat banyak komen yang mendoakan agar Zira istiqamah serta dimurahkan rezeki dalam perniagaan.

 

Zira dilihat memuat naik foto pertamanya memakai tudung sekitar tiga hari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 8, Layla Medyna, 5, dan Mishall Imani, 2 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Post a Comment