Tarikan Fesyen Artis di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu – Manis Madu

Tarikan Fesyen Artis di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu

Apabila mendengar perkataan “Karpet Merah”, pasti kebanyakkan Maduners akan kaitkan hal ini dengan fesyen,betul tak? “Karpet Merah” merupakan jalan masuk untuk selebriti memperagakan gaya fesyen mereka ketika berada di acara. Beberapa hari lagi tinggal sebelum acara besar Anugerah Juara Lagu bermula dan adakah Maduners bersedia untuk AJL 2019 yang akan berlangsung pada hari ahad ini? Haaa Mesti Maduners tak sabar kan? Jadi mari kita imbas kembali gaya fesyen selebriti kesayangan anda ketika berada di atas ”Karpet Merah”

#2013 Shila Amzah

Sumber Gambar: Cari

 

Di AJL yang ke 28 bertemakan “Game on”, Shila Amzah berjaya menarik perhatian peminatnya dengan memperagakan baju yang direka khas oleh Raffiey Nasir. Dengan pilihan warna putih dan hitam, beliau kelihatan sangat anggun dan bergaya dengan imejnya yang bertudung.

#2014 Juliana Evans

Sumber Gambar: Berita Harian

 

Pernah tak Maduners mendengar “Pink carpet”? Pada malam AJL yang ke 29 kali ini, mereka menggunakan concept yang berbeza iaitu bertemakan “Steam Punk”. Tema ini merupakan salah satu konsep yang popular di Eropah. Kalau Maduners nak tahu, Juliana Evans berjaya menawan hati peminatnya dengan rekaan baju daripada Zakwan Anuar. Kot dan seluar putih yang dikenakan dengan baju top hitam sangat kena dengan Beliau. Dengan ikatan rambut “ponytail”, beliau kelihatan sangat menawan dan anggun dengan pakaian tersebut.

#2015 Aisyah Aziz

Sumber Gambar: mynewshub.cc

 

Aisyah Aziz menarik perhatian peminatnya dengan memakai konsep berwarna putih yang dikenakan dengan gaya rambutnya yang berwarna perang dan dipotong pendek. Bertemakan konsep “Kegemilangan dan Kemeriahan 30 tahun AJL”, gayanya itu sudah menarik perhatian ramai kerana konsep yang digunakan beliau sangat comel dan sesuai dengannya.

#2016 Pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin

Sumber Gambar: Eh

 

Pasangan suami isteri yang manis mendapat sambutan hangat daripada peminatnya apabila menghadiri acara AJL yang ke 31. Mereka dikategorikan sebagai “sweet couple” oleh peminatnya. Amyra dan Amar memperagakan fesyen yang cool dan swag ketika berada di “Red Karpet”. Temanya berkonsepkan “Cerita dalam Lagu”. Hmm agaknya apakah kisah pakaian pasangan ini cuba sampaikan yeah.

#2017 Pasangan Siti Sarah dan Shuib (Sepahtu)

Sumber Gambar: Cosmopolitan.my

 

Berkonsepkan tema fesyen dan muzik, pasangan suami isteri Siti Sarah dan Shuib (Sepahtu) memperagakan fesyen rona hitam. Di sini terlihat yang mereka berdua kelihatan sangat sweet dipandang kerana warna pakaian mereka yang sama menimbulkan lagi rasa terpegun daripada para peminat mereka.

#2018 Nabila Razali

Sumber Gambar: Remaja.my

 

Nabila Razali menampilkan fesyen yang bertemakan “galaksi” yang direka khas oleh Rizman Ruzaini pada AJL yang ke 33. Di sini, beliau nampak sangat bergaya dan kelihatan sangat anggun dengan pakaiannya itu. Walaupun dengan bertudung, beliau berjaya menarik perhatian peminatnya dengan gaya galaksinya itu.

Itu sahaja Fesyen Red Karpet kesukaan Maduners sekalian. Ramai lagi yang menampilkan fesyen yang paling menawan di acara AJL pada hari Ahad nanti. Adakah Maduners bersedia untuk melihat selebriti kesukaan Maduners dengan gaya fesyen yang lebih menarik? Haaa Jangan lupa saksikan Acara AJL yang ke 34 hari Ahad (9hb Februari). Selamat menonton Maduners!

Post a Comment