Sanggup Berhenti Kereta Untuk Bantu Nenek Berkerusi Roda, Tindakan Wanita Ini Dipuji! – Manis Madu
Sanggup Berhenti Kereta Untuk Bantu Nenek Berkerusi Roda

Sanggup Berhenti Kereta Untuk Bantu Nenek Berkerusi Roda, Tindakan Wanita Ini Dipuji!

Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang pemandu kereta Perodua Myvi yang membantu seorang nenek berkerusi roda di tepi jalan.

 

Video yang tular tersebut dimuat naik di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis itu memperlihatkan pemandu wanita tersebut memberhentikan keretanya sebaik saja melihat nenek berkerusi roda sedang bersusah-payah mengayuh kerusi roda di pinggir jalan.

Menurut ohmymedia, wanita tersebut dilihat tanpa berlengah keluar dari kenderaan dan terus berjalan ke arah nenek tersebut dan kelihatan seakan bertanya ke mana nenek tersebut mahu pergi.

 

Setelah mengetahui destinasi nenek itu, wanita tersebut menolak kerusi roda menuju ke kereta miliknya dan membantu nenek terbabit menaiki keretanya.

 

Lebih mengejutkan apabila dia mengangkat kerusi roda itu dan memasukkannya sendiri ke dalam kereta seterusnya memandu keretanya dipercayai untuk menghantar nenek itu ke destinasi yang ingin dituju.

 

Madu salute sangat dengan tindakan wanita ini. Sifat seperti inilah patut diterapkan dalam diri setiap orang! Terbaik!

Post a Comment