Tegas Tapi Dalam Hati Ada Taman? Erti Pengorbanan Seorang Ayah – Manis Madu
Hari Bapa

Tegas Tapi Dalam Hati Ada Taman? Erti Pengorbanan Seorang Ayah

Kalau sebut tentang bapa, mesti terngiang-ngiang wajah ayah yang ada di kampung lebih-lebih lagi musim PKP sekarang kan?

 

Ada orang panggil abah, ada orang panggil ayah, ada yang panggil walid tapi semua itu membawa maksud yang sama iaitu sebuah figura yang menjadi watak utama dalam keberadaan kita pada hari ini.

 

Pernah tak kita terfikir, daripada saat kita dilahirkan sampailah saat kita nak menginjak ke zaman bekerja, ayahlah orang yang sentiasa tidak lekang menghulurkan duit pada kita secukupnya.

Father-1

Tak kira ayah sakit, demam, tak sihat mesti akan ada saja cara untuk ayah cari rezeki untuk besarkan kita adik beradik dan keluarga.

 

Sebak bila cerita tentang ayah kan? Jadi hari ini, Fazlan nak kongsikan serba sedikit tentang satu hari yang khas untuk kita sambut pengorbanan ayah kita selama ini.

 

Hari-hari kita perlu hargai ayah tapi pada Hari Bapa Sedunia mestilah special sikit kan?

Father-2

Nak tahu tak bila sebenarnya Hari Bapa ini wujud? Hari Bapa ini wujud sejak tahun 1910 lagi dan ianya pertama kali disambut di daerah Spokane, Washington, Amerika Syarikat.

 

Sonora Smart yang merupakan pengasas kepada Hari Bapa ini telah menyambut bapanya, William Jackson Smart, yang berjaya membesarkan 6 orang anak seorang diri ketika bapanya itu adalah salah seorang tentera di dalam Civil War

 

Mengikut sejarah, ketika itu Smart berpendapat bahawa jika Hari Ibu disambut dengan meriah maka Hari Bapa juga wajar diwujudkan dan disambut meriah.

 

Ini kerana pengorbanan ayah juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang.

 

Betapa pentingnya peranan seorang ayah ini sehingga menurut Islam, ianya disebut beberapa kali di dalam Al-Quran.

 

Bahawa seorang ayah itu bertanggungjawab dalam memastikan anak-anaknya menunaikan solat dan anak perlu sentiasa kekal berada di landasan yang betul.

 

Jika tidak, ayahlah yang menjadi individu pertama yang disoal kelak di akhirat.

 

Jadi Maduners semua, sayanglah ayah kita dan bantulah urusan mereka di akhirat kelak.

 

Fazlan yakin setiap agama ada cara tersendiri dalam menghargai peranan seorang bapa jadi ikut cara kita okay!

 

Ingat, bukan waktu Hari Bapa jerr perlu hargai ayah, tapi hari-hari kita perlu hargai ayah kita!

Tengok macam video kat bawah ini, cara orang hargai ibu bapa itu lain-lain dan yang satu ini memang sangat luar biasa.

 

Siap buat lagu lengkap tau untuk ibu dan ayah dia.

 

Sebak bila tengok banyak kali kan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JAX (@jax)

Post a Comment