Teka-teki Sudah Terjawab, Riena Diana Lengkapkan Trio Geng Pagi Hot Di Hot FM – Manis Madu
Riena Diana Lengkapkan Trio Geng Pagi Hot Di Hot FM

Teka-teki Sudah Terjawab, Riena Diana Lengkapkan Trio Geng Pagi Hot Di Hot FM

Teka-teki tentang siapa yang bakal melengkapkan kembali trio Geng Pagi Hot (GPH) selepas kehilangan dua orang penyampai radio segmen tersebut sebelumnya.

 

Riena Diana atau nama sebenarnya Nur Qamariena Diana Zulreal dipilih menjadi salah seorang penyampai radio bagi segmen GPH bersama Fizie dan Mark Adam setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 – 10 pagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena Diana Zulreal (@rienadiana_)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

“Saya teruja dipilih menjadi sebahagian warga kerja Hot FM. Ini kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam kerjaya, selain mencabar diri mengetengahkan bakat yang ada.

 

“Sejujurnya, kerjaya sebagai penyampai radio sangat mencabar, tetapi saya ambil peluang ini mendalami ilmu penyiaran radio.

 

“Saya ingin membuktikan saya juga berbakat dalam dunia penyiaran radio dan pengacaraan. Cuma, masih banyak yang perlu dipelajari bagi memastikan kualiti penyampaian pada tahap memuaskan,” katanya.

 

Menurutnya, beliau terjun dalam bidang penyiaran radio kerana radio dilihat sebagai platform terbaik mengasah bakat menjadi artis lebih versatil.

Post a Comment