Tergila-gilakan Warna Ungu, Ini 7 Makanan Berwarna Ungu Untuk Purple Lover – Manis Madu
Tergila-gilakan Warna Ungu, Ini 7 Makanan Berwarna Ungu Untuk Purple Lover

Tergila-gilakan Warna Ungu, Ini 7 Makanan Berwarna Ungu Untuk Purple Lover

Kebiasaannya, warna ungu digunakan untuk benda seperti pakaian, perhiasan dan lain-lain. Jarang kita jumpa makanan dengan warna ungu. Bukan tidak ada, cuma jarang dijumpai.

 

Hari ini Madu akan kongsikan beberapa resipi berasaskan makanan berwarna ungu. Bukan makanan yang ditambah pewarna tau, ini real colour!

Aiskrim Blueberry

purple 1 (1)

Beri biru atau lebih sinonim dengan nama blueberry ini memiliki warna ungu gelap. Sekali pandang tak perasan yang  warnanya ungu! Sebenarnya, banyak hidangan boleh terhasil dengan blueberry tetapi hari ini Madu kongsikan menu yang ringkas dan senang untuk Maduners.

 

Bahan-bahan:

  • 4 cawan blueberry segar atau sejuk beku
  • 2 cawan gula
  • 2 sudu makan air
  • 4 cawan cream

 

Cara penyediaan:

  1. Menggunakan periuk besar, satukan bluberry dengan gula dan air. Didihkan, kemudian masak dengan suhu yang rendah sehingga gula larut dan beri dilembutkan.
  2. Seterusnya, tapi campuran tadi menggunakan penapis halus ke dalam mangkuk lalu gaulkan ke dalam krim. Tutup dan sejukkan semalaman.
  3. Setelah semalaman dibekukan, aiskrim blueberry sedia untuk dimakan! Rasanya masam-masam, berlemak dan menyegarkan. Memang sedap!
mieke-campbell-7G_5KUKYqtk-unsplash (1)

Potato Chips Ungu Dengan Keju Parmesan

Menu ini sesuai sangat untuk buat kudap-kudap dengan seisi keluarga. Makan sambil tengok movie atau leisure time, memang onz!

 

Bahan-bahan:

  • 2 kentang ungu (besar)
  • 1 1/2 sudu minyak zaitun
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar keju Parmesan yang diparut

 

Cara penyediaan:

  1. Potong kentang nipis-nipis. Letakkan di dalam mangkuk besar berisi air sejuk dan tutup. Kacau kemudian toskan dan ulang hingga air jernih.
  2. Seterusnya, rendam kentang dengan air putih bersih dan ½ cawan cuka putih. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit hingga 2 jam. Kemudian, toskan dan pat kering (pat dry).
  3. Bila hirisan kentang dah kering, masukkan pula dalam minyak zaitun dan perasakan dengan garam. Toskan dan susun dalam satu lapisan di atas dulang untuk dibakar.
  4. Panaskan ketuhar dulu dengan suhu 175 °C.
  5. Bakar 12-15 minit sehingga garing. Keluarkan dari ketuhar dan taburkan garam dengan keju parmesan. Tadaaaa, potato chips purple done!

Lavender Honey Cheesecake

cake (1)

Menu ini rare! Jarang sekali kita dengar ada kek keju dengan perisa lavender. Kebiasaannya lavender banyak digunakan dalam produk wangian. Jom Madu kongsikan resipinya.

 

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar bunga lavender kering (dibahagikan)
  • 1/4 cawan air mendidih
  • 1-1/2 cawan crushed shortbread cookies
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan
  • 2 pakej (8 oz setiap satu) krim keju (suhu bilik)
  • 3/4 cawan madu
  • 1-1/4 cawan heavy whipping cream
  • Gula lavender dan daun pudina segar (ikut citarasa masing-masing)

 

Cara penyediaan:

  1. Sediakan mangkuk kecil untuk gabungkan 3 sudu lavender dengan air mendidih. Tutup dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, toskan air dan ketepikan lavender.
  2. Seterusnya, hancurkan baki bunga lavender. Dalam mangkuk lain, gabungkan serbuk biskut yang sudah dihancurkan bersama dengan mentega dan lavender hancur.
  3. Tekan di dalam loyang yang sudah disapu minyak, tutup dan sejukkan sekurang-kurangnya 30 minit.
  4. Kemudian, pukul krim keju dengan madu hingga sebati. Secara beransur-ansur, masukkan ke dalam air lavender.
  5. Sementara itu, pukul heavy whipping cream sehingga bertanduk. Isikan ke dalam loyang menggunakan kaedah folding. Sejukkan semalaman.
  6. Bila dah semalaman, keluarkan kek dengan berhati-hati dan hias dengan gula lavender dan daun pudina. Boleh juga letakkan bunga lavender di atas kek untuk hiasan.
richard-ecsedi-Wv9Bn8te3as-unsplash (1)

Untuk pencinta lavender, korang mesti suka kek ini!

 

Maduners kena cuba resipi-resipi yang Madu kongsikan ini. Bukan sahaja warna cantik tapi rasanya pun sedap! Selama mencuba Maduners.

Post a Comment