Terkini! Penyanyi Popular Ariana Grande Sudah Berkahwin. – Manis Madu
Ariana Grande and Dalton Gomez

Terkini! Penyanyi Popular Ariana Grande Sudah Berkahwin.

Penyanyi popular antarabangsa yang kecil dan bersuara hebat, Ariana Grande dikatakan telah berkahwin secara senyap- senyap  bersama tunangnya, Dalton Gomez, 25, semalam.

 

Menurut akhbar Daily Mail, penyanyi berusia 27 tahun ini dikatakan telah berkahwin dengan seorang ejen hartanah pada hujung minggu lalu. Majlis diadakan berhampiran rumahnya sendiri di Montecito, California.

 

Bagaimanapun, salah seorang wakil kepada penyanyi itu turut mengesahkan bahawa Ariana Grande dan Dalton Gomez sudah pun berkahwin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande)

“Ia sebuah majlis yang kecil dan intim serta dihadiri kurang daripada 20 orang,”- wakil Grande

 

Pada Ogos tahun lalu, Ariana dikatakan telah membeli rumah milik DeGeneres yang merupakan sebuah rumah besar gaya Tudor seluas 5,500 kaki persegi yang bernilai RM28 juta.

 

Upacara itu dirancang hanya untuk keluarga terdekat pengantin tetapi tidak jelas sama ada ia adalah keputusan secara mengejut atau tidak.

 

“Mereka memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini kerana jadual mereka semakin sibuk dan tidak mahu menunggu .” – kata sumber itu.

 

Pasangan ini difahamkan bertunang sebelum Hari Krismas dan saling berkongsi kisah cinta di media sosial.

 

Laporan itu mendakwa bahawa upacara perkahwinan itu telah dilakukan di halaman belakang rumah Ariana Grande dengan dihiasi ratusan bunga putih dan merah jambu muda.

Post a Comment