Jatuh Ditimpa Tangga, Wanita Ini Kesal Tunang Meninggal Dunia & Penganjur Perkahwinan Enggan ‘REFUND’ – Manis Madu
Featured Image 916

Jatuh Ditimpa Tangga, Wanita Ini Kesal Tunang Meninggal Dunia & Penganjur Perkahwinan Enggan ‘REFUND’

Fiona Boswell, 50 kehilangan tunangnya , Guy Boswell, 50 selepas menghidap kanser limfoma dan menyebabkan kegagalan jantung.

 

Menurut mStar lagi, lelaki itu meninggal dunia selepas tujuh bulan disahkan menghidapi penyakit tersebut.

 

Pasangan yang berasal dari Norwich, Norfolk, United Kingdom itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Julai ini dengan kehadiran 100 tetamu.

 

Kerana kematian tunangnya itu, Fiona terpaksa membatalkan majlis itu dan mengambil lesen khas untuk bersatu dengan tunangnya itu Oktober lalu sebelum kesihatannya bertambah buruk.

 

Fiona kemudiannya mendakwa penganjur venue kerana membatalkannya begitu hampir dengan tarikh majlis perkahwinan yang telah dirancang tanpa sebarang pulangan wang semula.

Post a Comment