Terlalu Penat Bukan Disebabkan Bulan Puasa Semata-mata, Ini Mungkin Penyebabnya! – Manis Madu
Terlalu Penat Bukan Disebabkan Bulan Puasa Semata-mata

Terlalu Penat Bukan Disebabkan Bulan Puasa Semata-mata, Ini Mungkin Penyebabnya!

Sebenarnya ada banyak lagi sebab yang boleh menyebabkan Maduners semua penat.

 

Bukannya tidur semata-mata dah boleh menjamin kesihatan anda, Madu dah senaraikan punca lain yang boleh bawa pada rasa penat yang berpanjangan!

#1 Anemia (Kurang Darah Merah)

Anemia (Kurang Darah)

Sumber Gambar: homoeoplus.com

Masalah ini sebenarnya kadang-kadang kita tak tahu pun yang kita ada.

 

Sebab itu kita perlu buat medical checkup dengan doktor selalu. Kalau perempuan, masalah ini sangat selalu dikaitkan dengan masalah datang haid dan bagi lelaki pula selalunya kurangnya jumlah zat besi yang diperlukan badan.

 

Jadi anda perlulah makan makanan yang tinggi dengan zat besi!

#2 Apnea Tidur

Apnea Tidur

Sumber Gambar: drania.com

Mesti jarang dengar kan? Apnea ini maksudnya anda ada masalah yang mana salur pernafasan itu kecut.

 

Jadi apa akibatnya? Bila saluran ini kecut, dia akan ganggu waktu tidur dan lepas itu anda akan berdengkur kuat menyebabkan banyak tenaga yang digunakan.

 

Kalau anda selalu dengkur, tolonglah jumpa doktor cepat-cepat!

#3 Kemurungan

Kemurungan

Perkara ini agak serius, jangan rasa bila korang selalu bersedih atau nak menjauhkan diri dari orang itu sebab ada masalah.

 

Kadang-kadang, mereka yang ada masalah ini tak tahu pun mereka ada kemurungan.

 

Jadi apa yang anda perlu buat adalah jumpa pakar psikiatri berdekatan untuk buat ujian kemurungan. Kemurungan yang melampau akan menyebabkan Maduners rasa penat selalu dan susah nak lelap mata pada waktu malam.

#4 Diabetes

Diabetes

Dalam kata lain, penyakit kencing manis. Diabetes ini adalah masalah yang sangat biasa di kalangan orang Malaysia sebab makanan kita memang menggunakan jumlah gula yang banyak.

 

Diabetes akan menyebabkan seseorang itu cepat letih sebab simptom-simptom diabetes sendiri yang membuatkan korang letih.

 

Antara simptom dia adalah lemah, cepat haus dan selalu lapar. Jadi, jika Maduners ada tanda-tanda macam di atas, tolonglah jumpa dengan pakar-pakar yang berdekatan.

 

Penat tak semestinya perlukan rehat saja tapi juga pemeriksaan secara keseluruhan!

Post a Comment