Wanita Jumpa ‘Death Note’ Dalam Jaket Merah Di Kedai Bundle – Manis Madu
Wanita Jumpa ‘Death Note’ Dalam Jaket Merah Di Kedai Bundle

Wanita Jumpa ‘Death Note’ Dalam Jaket Merah Di Kedai Bundle

Menurut laporan Daily Star, seorang pelanggan kedai pakaian terpakai mengakui terkejut apabila menemui sekeping nota dalam sehelai pakaian berwarna merah yang ingin dibelinya.

nota

Sumber gambar: dailystar.co.uk

Wanita itu berkata, dia menemui nota yang tertulis “kebumikan aku bersama pakaian ini’ di dalam jaket berkenaan. Nota itu diitemui ketika dia sedang mencuba jaket tersebut.

pakaian berwarna merah

Sumber gambar: dailystar.co.uk

Kisah itu kemudiannya dikongsi menerusi laman Facebook hingga tular.

 

Rata-rata netizen meninggalkan komen mengatakan hasrat si mati ternyata gagal dipenuhi apabila baju itu terbiar di kedai pakaian terpakai dan tidak dikebumikan bersamanya.

 

Mereka juga turut berteka-teka mengenai identiti si mati.

Post a Comment