Terlalu Taksub Putih, Gadis Ini Terlantar Gara-Gara Buat ‘Whitening Drip’ Sendiri – Manis Madu
Gadis Ini Terlantar Gara-Gara Buat Whitening Drip Sendiri

Terlalu Taksub Putih, Gadis Ini Terlantar Gara-Gara Buat ‘Whitening Drip’ Sendiri

Kecantikan dengan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Wanita sanggup berhabis demi kelihatan cantik dan yakin.

 

Meskipun cantik itu subjektif, namun dek sogokan media serta lambakan iklan-iklan kecantikan yang mendefenisikan cantik dengan kesempurnaan wajah seperti putih dan wajah licin tanpa sebarang cela membuatkan ramai wanita berlumba-lumba ke arah itu dan semakin hilang keyakinan diri dengan wajah asal mereka.

 

Tidak cukup dengan lambakan produk kecantikan, wujud pula rawatan kecantikan yang tengah in sekarang dan salah satunya adalah whitening drip.

 

Baru-baru ini, seorang jururawat dikenali sebagai Eylaa Mazlan telah kongsikan tentang pesakitnya yang kini menderita akibat kegagalan organ gara-gara mengambil pelbagai jenis whitening drip yang dibeli atas talian.

Video tersebut dikongsi di laman TikTok wanita tersebut yang mana dikatakan pesakitnya itu kini terlantar tidak sedarkan diri di hospital selepas beberapa organ dalamannya gagal berfungsi akibat whitening drip yang dibeli dari Jepun.

@eylaamazlanSebagai peringatan bersama dekat luar sana. benda dah jadi depan mata . jaga diri okay .♬ original sound – eylaamazlan

Lebih parah, gadis malang itu kini terpaksa bergantung dengan mesin dialisis.

 

Menurut Eylaa, dia sendiri pernah cuba ambil whitening drip, namun selepas lihat kesannya dia sendiri sudah tidak sanggup menggunakannya lagi.

 

“I is insoffff! I pernah juga drip dulu sekali tapi effect dia time tu juga, terus tak berani nak drip dah. Taubat wehh. Ni bila tengok depan mata lagilah taubat.”

Post a Comment