Terpisah 16 Tahun, Pemuda Cari Alamat Ibu Di Media Sosial – Manis Madu
Terpisah 16 Tahun, Pemuda Cari Alamat Ibu Di Media Sosial

Terpisah 16 Tahun, Pemuda Cari Alamat Ibu Di Media Sosial

Tular di laman TikTok satu video pertemuan antara seorang anak dan ibunya yang sudah terpisah selama belasan tahun.

 

Pemuda asal Indonesia itu difahamkan telah terpisah dengan ibunya sejak berumur 4 tahun kerana ibu bapanya bercerai. Sejak itu dia dibawa ayahnya dan tidak dibenarkan berjumpa dengan si ibu.

Menurutnya, rasa rindu terhadap kasih sayang seorang ibu membuatkan dia bertindak mencari maklumat tentang ibunya menerusi media sosial dan berjaya menemukan alamat tersebut.

 

Dalam video berkenaan, pemuda itu dilihat bertanya alamat kepada seorang wanita tanpa disedari ternyata wanita itulah ibu kandungnya.

 

“Rasanya bercampur aduk. Sedih dan bercampur aduk Allah mempertemukan lagi dengan ibu kandungku,” tulisnya dalam video tersebut.

 

Ibu dan anak itu juga saling berpelukan melepaskan rindu setelah lama berpisah.

 

Meninjau ke ruangan komen, warganet rata-rata tersentuh dan sebak dengan situasi pemuda itu.

 

“Kamu berhasil membuatku menangis bro,” komen seorang netizen.

 

“Yang tengok meleleh air mata. Allahuu, paling sakit kehilangan orang tua,” tulis netizen lain.

 

“Kalau kau tak keluar air mata, kau bukan manusia,” komen @fonixx.ff

Post a Comment