Tersalah Potong Kaki Pesakit, Doktor Didenda RM12, 900! – Manis Madu
Tersalah Potong Kaki Pesakit, Doktor Didenda RM12, 900!

Tersalah Potong Kaki Pesakit, Doktor Didenda RM12, 900!

Gara-gara tersalah potong kaki pesakit ketika menjalani pembedahan, seorang pakar bedah di Austria dikenakan denda berjumlah RM12, 900.

 

Memetik laporan New York Post, pesakit yang merupakan warga emas itu telah pergi ke sebuah klinik di Austria untuk melakukan pembedahan pada kaki kirinya sekitar bulan Mei lalu.

 

Malangnya, doktor berkenaan melakukan kecuaian dengan memotong kaki kanannya.

Sedar Lepas Dua Hari

Difahamkan, kesilapan itu hanya disedari dua hari selepas pembedahan dijalankan iaitu ketika pihak hospital menukar pembalut pada kaki pesakit. Susulan itu, pesakit diarahkan semula untuk memotong anggota badannya yang lain juga.

 

Hasil siasatan mendapati doktor terbabit melakukan kesalahan semasa menanda lampiran pada bahagian kaki pesakit. 

 

Doktor itu bagaimanapun mendakwa terdapat isu melibatkan arahan semasa pembedahan dijalanan malah apabila ditanya mengenai kesilapan dalam menanda lampiran, dia hanya menjawab tidak tahu.

 

Doktor itu dikhabarkan sudah dipindahkan ke hospital baharu dan separuh daripada dendanya telah digantung. 

 

Menurut sumber, pesakit terbabit telah meninggal dunia sebelum kes ini dibicarakan di mahkamah. Balu pesakit telah menerima ganti rugi berjumlah RM24, 000.

Post a Comment