“The Power of Women”- Neelofa Role Model Kepada Kaum Wanita?
Siapa saja yang tak kenal pelakon, pengacara, model dan juga duta jenama yang cantik rupawan ini! Ya Noor Neelofa Muhd Nor atau lebih mesra disapa Lofa.
Ramai yang minat dengan Lofa disebabkan kejayaannya di dalam dunia seni dan perniagaan, sampai ada yang jadikan Lofa sebagai role model dalam memperoleh kejayaan di usia muda.
View this post on Instagram
Usahawan cantik manis ini kini berusia 32 tahun dan kalau Maduners semua nak tahu, Lofa mula menceburi bidang seni sejak tahun 2010 dalam satu rancangan televisyen iaitu Dewi Remaja.
Neelofa sudah pun berjaya mencipta nama sampai ke peringkat antarabangsa! Neelofa juga merupakan antara 300 individu terpilih dalam Forbes 30 Under 30 Asia pada tahun 2017. Wow! Ini boleh dikira pengiktirafan yang cukup membanggakan walaupun usianya dalam dunia perniagaan masa itu masih baru.
Neelofa mulakan perniagaan dengan menjual produk kesihatan jenama BellaVita bersama ibu tercinta. Dia kini sudah pun memperoleh jenama tudungnya sendiri dan duta kepada beberapa jenama antarabangsa.
Untuk pengetahuan Maduners semua, Neelofa juga pernah menjadi duta Swarovski dan berpeluang menghadiri majlis antarabangsa tajaan jenama tersebut seterusnya menjadikan beliau sebaris dengan artis antarabangsa yang lain.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Neelofa pun ada terima pencalonan dalam kategori usahawan pada anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Award 2019 di Monaco.
Baru-baru ini Neelofa dan pasangan hatinya PU Riz telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka dan telah sah bergelar suami isteri.
Perjalanan dan kejayaan yang Lofa usahakan selama ni telah menjadi inspirasi kepada semua kelompok masyarakat terutamanya ke atas golongan wanita, hebat!
Madu pun adore sangat dengan Neelofa sebab dia bukan sahaja memiliki paras rupa yang cantik, tapi perwatakan dan usaha keras yang dia lakukan pun membuka mata semua masyarakat yang wanita bertudung bukanlah penghalang untuk berjaya.