Tiada Laporan Perubatan Bukti Bella Cedera Makan 1,280 Cili Padi – Peguambela Siti Bainun
Kes penderaan remaja Down Syndrome, Bella masih lagi menjadi topik hangat orang ramai di media sosial yang rata-rata ingin tahu perkembangan kes berkenaan.
Sebelum ini, keterangan saksi bernama Yasmin ada memberitahu bahawa adik Bella telah diberi makan cili padi sebanyak 1,280 biji oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, namun didakwa sebagai pembohongan terbesar.
Bagaimanapun, menurut laporan dari Malaysia Gazette, saksi memberitahu dia sama sekali tidak menipu semasa memberi keterangan berkenaan.
Sebelum ini, saksi Yasmin memberitahu adik Bella telah dipaksa memakan cili padi beberapa kali selama seminggu oleh Siti Bainun.
Dalam masa sesi perbicaraan, peguam bertanya kepada saksi sama ada tahu atau tidak jika memakan cili sebanyak itu, boleh mengakibatkan perut rosak serta heart burn.
Saksi menjawab kedua-dua pertanyaan tersebut dengan berkata ‘tidak tahu’.
Sebelum berhentinya perbicaraan berkenaan untuk berehat, sebagai peguambela, Nur Aminahtul Mardiah mendakwa Yasmin melakukan 30 penipuan kepada mahkamah, namun dinafikan.