Tiada Lesen Perniagaan Punya Pasal, Pihak Berkuasa Terlangkupkan Barang Jualan? – Manis Madu
Tiada Lesen Perniagaan Punya Pasal, Pihak Berkuasa Terlangkupkan Barang Jualan_

Tiada Lesen Perniagaan Punya Pasal, Pihak Berkuasa Terlangkupkan Barang Jualan?

Berada dalam bulan Ramadan, ramai dalam masyarakat yang mencari rezeki dengan berniaga. Tidak kira samada menjual barangan orang lain atau berniaga sendiri, semuanya dilakukan demi sesuap nasi atau mencari sedikit ‘duit tepi’ untuk persiapan raya.

 

Namun di Malaysia, berniaga memerlukan lesen dan jika peniaga didapati tidak memiliki lesen, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan kepada peniaga tersebut.

 

Sungguhpun begitu, peniaga yang tidak memiliki lesen tidak wajar diperlakukan sewenangnya oleh pihak berkuasa sedangkan apa-apa perkara boleh diselesaikan dengan cara baik.

 

Ini berikutan satu perkongsian video TikTok oleh seorang wanita yang menangis teresak-esak ketika mengutip kembali barang jualannya berupa makanan yang sudah berterabur di atas jalan.

@kaki_panas salah memang salah tapi atas dasar kemanusiaan dibulan ramadhan,pikirpikirkanlah#RancakRaya #foryoupageofficiall #fyp #viral #xybca #esekeli #mbs ♬ original sound – poyork_69ricky

Perniagaan yang dilakukan di depan rumah itu difahamkan tidak memiliki lesen perniagaan dan menyebabkan wanita berkenaan akan dikenakan tindakan dan semua jualannya tidak dapat diselamatkan.

 

Insiden ini didakwa berlaku di Johol, Kuala Pilah.

 

Selain itu, ada juga sumber menyatakan bahawa tindakan membuang makanan di atas jalan bukanlah tindakan daripada pihak berkuasa tetapi suami kepada wanita itu.

Post a Comment