Tidak Pernah Putus Asa Dalam Perniagaan, Restoran Zara Zya ‘Bungkus’ Kali Ketiga Kerana Ilmu Hitam? – Manis Madu
Restoran Zara Zya ‘Bungkus’ Kali Ketiga Kerana Ilmu Hitam

Tidak Pernah Putus Asa Dalam Perniagaan, Restoran Zara Zya ‘Bungkus’ Kali Ketiga Kerana Ilmu Hitam?

Sosok aktres popular Zara Zya boleh disifatkan sebagai satu sosok yang berhati kental kerana sudah tiga kali perniagaan yang diusahakannya terpaksa ‘bungkus’ dan tidak menjadi.

Sebelum ini, pelakon drama Korban Kasih itu membuka kedai makan di Medan Selera di pusat beli belah Melawati Mall diikuti Kedai Suka Makan di Mutiara Damansara. Namun kedua-dua perniagaan tersebut terpaksa ditutup disebabkan masalah dalaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraZya (@zarazya)

Terbaru, restoran ketiga milik Zara juga mengalami nasib yang sama dan khabarnya ia lebih teruk kerana berdepan unsur mistik.

 

Restoran Zara Zya Cooks juga terpaksa ditutup buat sementara waktu dan Zara juga sedang mencari tapak baru yang lebih strategik.

 

“Jujurnya, nak kata spesifik kena ilmu hitam hingga terpaksa tutup restoran tidak juga. Dalam situasi pandemic Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berbulan-bulan, tentulah sukar meneruskan operasi.

 

“Soal ilmu hitam saya anggap hanya kebetulan. Namun, saya tidak menafikan wujud situasi pelanggan tak nampak restoran dibuka. Memang ada pelanggan merungut, mereka datang ke restoran tetapi seolah-olah tidak beroperasi sedangkan restoran dibuka seperti biasa.”

 

“Bayangkan, penghantaran makanan pun tak nampak restoran sedangkan depan mata! Saya tak tahu kenapa nak dengki dengan saya. Kalau boleh, minta jauh terkena sihir. Saya ada ‘pagar’ restoran dengan ayat suci al-Quran selain buat solat hajat mengelak perkara yang tidak diingini.”

 

Menurut Zara, restorannya sudah sebulan tidak beroperasi.

 

“Saya sedang mencari tapak baru untuk buka restoran lain. Tetapi, restoran Zara Zya Cooks bukanlah ditutup selamanya. Setakat ini, belum ada kata putus dan perancangan seterusnya.

Post a Comment