Tip Keluar Dating Tanpa Modal Yang Banyak, Pasangan Suami Isteri Pun Wajib Tahu Tip Nombor Lima! – Manis Madu
Tip Keluar Dating Tanpa Modal Yang Banyak, Pasangan Suami Isteri Pun Wajib Tahu Tip Nombor Lima!

Tip Keluar Dating Tanpa Modal Yang Banyak, Pasangan Suami Isteri Pun Wajib Tahu Tip Nombor Lima!

Zaman sekarang tidak hairan kalau lihat di media sosial ramai orang muda yang keluar dating di tempat-tempat menarik dan makan makanan yang sedap tanpa perlu memikirkan perihal wang.

rene-ranisch-lSMf7GJoDz4-unsplash (1)

Namun, masih ada segelintir pasangan yang ingin keluar dating tapi memikirkan modal yang perlu dikeluarkan. Bagi mereka, lebih elok jika duit itu disimpan untuk masa yang akan datang. Terutamanya bagi pasangan yang ingin melangkah ke alam perkahwinan.

allef-vinicius-fJTqyZMOh18-unsplash (1)

Jangan risau, jom baca tip yang Madu sediakan untuk kekal dalam bajet ketika keluar dating. Jangan lupa untuk share dengan pasangan Maduners juga!

1.Bayar Separuh-Separuh

toa-heftiba-Oyf1-w0lxbE-unsplash (1)

Rasanya semua pasangan menggunakan teknik ini. Teknik ini juga sesuai digunakan untuk pasangan yang baru sahaja bercinta dan tidak ingin membebankan pasangan mereka. Jika si lelaki sudah bayarkan tiket wayang, apa salahnya jika si perempuan bayar untuk makanan pula.

 

Mungkin ada para wanita yang kurang setuju tentang hal ini dan rasa lelaki yang patut bayar semuanya bila keluar date tetapi zaman sekarang dimana ramai mementingkan gender equality. Jadi bayar pun kena separuh separuh betul tak?

2. Beriadah

guus-baggermans-qjQovsk-9Tc-unsplash (1)

Tip ini sangat menarik untuk mereka yang minat dengan sukan. Kebiasaannya dalam pasangan mesti ada seorang yang tidak gemar bersukan. Jadi, apa kata gunakan peluang ini untuk mengajak pasangan korang yang tidak suka bersukan untuk cuba beriadah. Bagi perempuan pula, inilah masanya untuk kurus!

 

Kalau pasangan anda tidak suka bersukan, anda boleh ajak si dia untuk beriadah dengan sukan yang tidak terlalu ekstrim dan lebih seronok jika bermain bersama seperti berbasikal secara santai di petang hari!

3. Tengok “Sunset”

dylan-mcleod-im8WvPhe04o-unsplash (1)

Haaa, tip ini antara yang digemari terutama bagi mereka yang suka dengan nature dan bergambar. Daripada tengok wayang, lebih baik ajak pasangan tengok sunset di kawasan yang romantis. Lebih jimat daripada candle light dinner. Betul tak?

 

Extra tip! Sebelum bawa pasangan tengok sunset pastikan korang buat kajian dulu lokasi mana yang matahari terbenam nampak lawa dan romantik sebab tak semua lokasi matahari terbenam ada elemen romantik!

4. Masak Sendiri

dylan-mcleod-im8WvPhe04o-unsplash (1)

Tip ini boleh diguna selepas anda dan pasangan keluar tengok sunset. Balik rumah anda dan pasangan boleh bersama-sama masak di dapur dan boleh cuba resipi dan masak menu baru yang tak pernah dicuba! 

 

Kalau anda dan pasangan sudah biasa dengan sesuatu jenis cuisine seperti hidangan dari Korea, Itali dan Perancis. Sudah masa untuk Maduners ajak pasangan untuk masak dan cuba hidangan dari negara lain seperti Kazakhstan, Pakistan, Vietnam dan banyak lagi!

5. Rancang Sebelum Keluar

estee-janssens-mO3s5xdo68Y-unsplash (1)

Hal ini sangat perlu jika Maduners dan pasangan nak keluar dating. Kadang-kadang, kita selalu terlepas pandang. Awalnya niat tak nak boros, tapi bila dah keluar terus lupa dunia! Haa, sebab itu perlu rancang terlebih dahulu apa yang nak dilakukan dan pastikan masih dalam bajet korang dan pasangan. 

 

Tip yang Madu kongsikan ini boleh diaplikasikan oleh pasangan bercinta atau pasangan yang sudah berkahwin pun boleh! Lebih-lebih buat Maduners yang nak save budget dan yang dah lama tak keluar dating

 

Jangan jadikan alasan tak cukup duit untuk tak keluar dating okay!

Post a Comment