Top 5 Taman Tema terkenal di Malaysia yang boleh dinikmati oleh semua – Manis Madu

Top 5 Taman Tema terkenal di Malaysia yang boleh dinikmati oleh semua

Dari kanak-kanak sehinggalah dewasa, taman tema merupakan tempat yang paling bahagia untuk semua nikmati zaman kanak-kanaknya. Haaa.. Madu ada sediakan Top 5 Taman Tema yang terkenal di Malaysia untuk Maduners enjoys nanti!! Mari kita lihat di manakah lokasinya itu?

5. District 21 Indoor Adventure Theme Park

 

View this post on Instagram

 

District 21 Team Building Programme ⚠️

A post shared by District21 (@district21ioicitymall) on

 

View this post on Instagram

 

Obstacles from High Ropes course

A post shared by District21 (@district21ioicitymall) on

Dari hiking ke swinging, tempat ni merupakan syurga untuk Maduners yang menggemarkan aktiviti lasak. Tempat ini mempunyai persekitaran paska apokaliptik yang mengandungi banyak metal beams, dinding keluli dan graffiti berwarna-warni, serta tali, rantai, dan platform yang digantung. Tempat ni is a must go untuk semua yang menggemarkan aktiviti lasak dan yang paling penting sekali……. Maduners kenalah enjoy okay!! Kalau Maduners nak maklumat lebih lanjut bolehlah click link di sini http://www.kuala-lumpur.ws/magazine/district-21.htm.

 

Lokasi: IOI City Mall, Putrajaya.

4. Teluk Bahang Escape Theme Park, Penang

 

View this post on Instagram

 

Geng lajak. Tunduk lurus. 🤣

A post shared by elliasa’ mahmudin (@elliasa_apostrophe) on

 

View this post on Instagram

 

Can you climb like a monkey? Try it on our #CocoClimb! #escapemy #escapepenang #laipenang #penang #malaysia

A post shared by ESCAPE Theme Park (@escapemy) on

Salah satu taman tema yang terkenal di Malaysia terletak di Penang Maduners!! Wah!! Tempat ini merupakan taman tema yang dihoskan di persekitaran alam sekitar. Memang environmentally friendly betul tempat ni. Tempat ini tidak mengenal usia Maduners, jadi tua ke muda ke, semua aktiviti di sini Maduners boleh cuba! Maklumat lebih lanjut Maduners boleh click di link sini https://www.escape.my/

 

Lokasi: 828 Jalan Teluk Bahang 11050 Penang, Malaysia

3. Sunway Lagoon

 

View this post on Instagram

 

🌞kami tk gayat tinggi

A post shared by AimanHalim (@aimanhlimm_) on

Sunway Lagoon dikenali sebagai multi-park destination. Ia meliputi dua taman tema utama iaitu dry park & wet park. Maduners boleh pergi kedua-dua taman ini untuk menikmati aktiviti yang diadakan di sini. Sekali Maduners masuk, memang susah untuk Maduners keluar dari situ kerana aktiviti yang diadakan disitu sangat menarik dan best untuk dikongsi dengan orang yang tersayang. Untuk maklumat lanjut, Maduners boleh pergi ke link ini https://sunwaylagoon.com/

 

Lokasi: SUNWAY LAGOON SDN BHD (211311-A)
3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

2. Berjaya Times Square Theme Park

Lebih kurang sama seperti District 21, tetapi taman tema ini sudah berada di Malaysia sejak 2003. Kalau Maduners nak tahu, sejak Madu kecil lagi tempat ni merupakan tempat kegemaran Madu untuk bersuka ria bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

 

Lokasi: No. 09-103, 9th Floor, Berjaya Times Square,
No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

1. Indoor Theme Park Genting Highland

 

View this post on Instagram

 

🎢🎡

A post shared by @ ssmaljabri on

Wahh, Genting Highland dah ada indoor theme park lah!! Kalau Maduners nak tahu, tempat ni ada level untuk setiap permainan. Dari low thrill sehinggalah high thrill. Bagus betul tempat ni ada level yang bersesuaian dengan kita. Sekurangnya, Maduners tahu tahap Maduners di mana. Haaa, tapi yang paling penting sekali Maduners enjoy the day kat sana!! Maduners boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di sini https://www.rwgenting.com/Theme_Parks/Skytropolis/

 

Lokasi: Level 1, Skytropolis Indoor Theme Park

 

Haaaa macam mana Maduners? Mesti Maduners tak sabarkan nak ke tempat-tempat ni? Tunggu apa lagi? Jom pack your things & lets a go go!!

Post a Comment