Trend Upah Tetamu Palsu Hadiri Majlis Perkahwinan Kembali Dapat Sambutan – Manis Madu
Trend Upah Tetamu Palsu Hadiri Majlis Perkahwinan Kembali Dapat Sambutan

Trend Upah Tetamu Palsu Hadiri Majlis Perkahwinan Kembali Dapat Sambutan

Sebuah trend yang ‘memalsukan’ tetamu majlis perkahwinan kembali mendapat sambutan di Korea Selatan ketika kerajaan negara itu mengumumkan pelonggaran sekatan Covid-19, lapor Daily Star.

woman in white and red floral korean dress

Menurut budaya masyarakat negara itu, majlis perkahwinan yang mempunyai ramai tetamu menunjukkan taraf populariti pengantin dan keluarganya dalam mata masyarakat.

 

Justeru, ia mewujudkan satu trend yang menjemput tetamu jemputan palsu, yang disediakan oleh agensi-agensi tetamu perkahwinan.

 

Agensi-agensi tersebut menawarkan perkhidmatan mencari individu untuk menyamar sebagai tetamu untuk menghadiri sesebuah majlis perkahwinan.

 

Tetamu palsu tersebut turut dibayar untuk hadir ke majlis tersebut.

 

“Kami menerima kira-kira dua kali ganda panggilan telefon daripada pelanggan yang mencari tetamu palsu sejak kerajaan mengumumkan pelonggaran perintah berkurung pada 15 Oktober lalu.”

 

“Sebelum ini, kami perlu mencari kira-kira lima ke sembilan tetamu palsu bagi satu majlis, namun kini angka itu meningkat kepada 20,” kata seorang pengendali agensi tersebut.

 

Kerajaan Korea Selatan telah menaikkan bilangan tetamu jemputan untuk acara sosial kepada 250 orang pada minggu ini berbanding 99 orang sebelum ini.

Post a Comment