Tuduh Budaya ‘Kutip Duit Raya’ Toksik, Gadis Disekolahkan Netizen! – Manis Madu
Tuduh Budaya ‘Kutip Duit Raya’ Toksik, Gadis Disekolahkan Netizen!

Tuduh Budaya ‘Kutip Duit Raya’ Toksik, Gadis Disekolahkan Netizen!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini harus diakui disambut dengan penuh meriah dan teruja buat umat Islam. Lebih-lebih lagi setelah hampir dua tahun tidak dapat menyambutnya secara normal kerana pandemik Covid-19.

 

Sehubungan dengan itu, budaya kunjung-mengunjung sanak saudara dan aktiviti ‘kutip duit’ raya di kawasan kejiranan kembali dilakukan seperti kebiasaan.

 

Walau bagaimanapun, budaya berkenaan mendapat kritikan daripada seorang gadis yang merasakan aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak itu dianggap tidak ikhlas kerana hanya mahukan duit daripada golongan berusia sahaja.

Rentetan daripada hantaran itu, ramai netizen tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan pendapat gadis tersebut yang melabelkan budaya kanak-kanak beraya dan mendapat duit raya sebagai toxic.

 

It’s not toxic culture honey. Sebenarnya seronok bagi duit ke budak-budak. Mostly Malay dah prepare duit siap-siap bagi ke budak,” komen seorang netizen.

 

“Dah pupus dah pun. Zaman sekarang tinggal berapa % je bebudak datang beraya keliling kampung/taman. Last bebudak datang beraya kat rumah aku 2017/18 tak silap. 3/4 org je,” tambah seorang netizen lagi.

 

Ada juga netizen yang turut menasihati gadis itu supaya memahami budaya orang Melayu menyambut perayaan Aidilfitri dan tidak membandingkan dengan perayaan lain.

 

Sumber Gambar: New Straits Time

Post a Comment