“Kalau Tak Pelik Bukan Aina Abdul!” Busana Ketupat Pula Curi Perhatian Warganet – Manis Madu
“Kalau Tak Pelik Bukan Aina Abdul!” Busana Ketupat Pula Curi Perhatian Warganet

“Kalau Tak Pelik Bukan Aina Abdul!” Busana Ketupat Pula Curi Perhatian Warganet

“Kalau tak pelik, bukan Aina Abdul namanya.”

 

Ini berikutan tindakan penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul memuat naik gambar dirinya berbusana fesyen pelik yang digayakan dalam video muzik lagu rayanya berjudul, Gema Raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Menurut Kosmo! selepas tular dengan foto memakai baju kebaya berwarna oren dengan ratusan helai wang kertas bernilai RM10, hari ini dia kembali mencuri perhatian dengan busana ala-ala anyaman ketupat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Tidak hanya dengan perincian anyaman ketupat, baju berkenaan juga dihiasi dengan beberapa ketulan ketupat yang tergantung di sekeliling busana tersebut.

 

Difahamkan, baju tersebut merupakan hasil rekaan pereka tempatan terkenal, Wan & Mary.

 

“Semuanya tentang baju ini ialah tentang saya. Tak sabar nak makan ketupat dengan rendang daging,” katanya.

 

Foto yang dimuat naik pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, 29, itu seterusnya mendapat pelbagai reaksi lucu daripada netizen termasuk beberapa selebriti tanah air.

 

“Ini menang,” komen pelawak terkenal, Shuib.

 

“Kita yang tengok pun rasa macam nak cicah dengan kuah kacang,” komen seorang pengguna Instagram.

 

“Ini ketupat nasi atau ketupat palas?” seloroh netizen.

 

Selain baju anyaman ketupat dan duit KWSP, pelantun lagu Sepi itu turut menggayakan baju bertemakan lampu kelip-kelip dalam video muziknya.

 

Terdahulu, penyanyi berkenaan yang mendapat jolokan ratu fesyen pelik itu sering tampil dengan pelbagai jenis busana unik seperti gaya pasu bunga dan trofi anugerah Grammy.

Post a Comment