Tukar Bungkusan Ke Merah Jambu, Choco Munchies Tunjuk Sokongan Untuk Persatuan Kanser Payudara Malaysia – Manis Madu
Tukar Bungkusan Ke Merah Jambu, Choco Munchies Kumpul Dana Buat Persatuan Kanser Payudara Malaysia

Tukar Bungkusan Ke Merah Jambu, Choco Munchies Tunjuk Sokongan Untuk Persatuan Kanser Payudara Malaysia

Choco Munchies membawa kembali perisa Choco Berries edisi terhad mereka pada bulan Oktober untuk memperingati Bulan Kesedaran Kanser Payudara dan memberikan sokongan kepada Persatuan Kanser Payudara Nasional Malaysia (National Breast Cancer Society Malaysia).

Perisa Choco Munchies bewarna merah jambu, Choco Berries untuk menyokong Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Sumber Gambar: Choco Munchies

 

Berikutan permintaan yang ramai dan populariti perisa Choco Berries, Choco Munchies akan menjual cornflakes bersalut coklat mereka yang terkenal dengan warna merah jambu!

 

Sebahagian daripada hasil jualan ini akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (National Cancer Society Malaysia) bagi membantu mereka mengumpulkan dana untuk meneruskan inisiatif mereka terhadap kanser payudara di negara ini.

CEO Founder of Choco Munchies-Thariq Fadhli

Sumber Gambar: Choco Munchies

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Choco Munchies, Thariq Fadhli, pihaknya berasa gembira kerana dapat mengembalikan perisa Choco Berries dan bertukar bungkusan ke merah jambu dengan tujuan mengumpulkan dana untuk Persatuan Kanser Payudara Malaysia (National Cancer Society Malaysia).

 

“Kempen ini adalah amat bermakna untuk kami kerana kami mempunyai keluarga dan juga rakan-rakan yang telah menderita dan meninggal dunia akibat kanser payudara,” ujarnya.

 

Matlamat kempen ini adalah untuk menyebarkan tentang kesedaran kanser payudara semasa Covid-19.  Difahamkan, ramai orang telah menangguhkan penyaringan mereka kerana kemudahan dan sumber daya telah digunakan untuk aktiviti yang berkaitan dengan Covid-19.

 

Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk membantu individu berasa lebih selesa dan yakin membincangkan perihal penyakit ini.

Post a Comment