Umie Aida Pelihara Anjing, Ramai Yang Sokong! “Dia Tak Pernah Datang Dekat Dengan Saya & Tak Minta Saya Pegang Dia” – Manis Madu
Umie Aida Pelihara Anjing

Umie Aida Pelihara Anjing, Ramai Yang Sokong! “Dia Tak Pernah Datang Dekat Dengan Saya & Tak Minta Saya Pegang Dia”

“Ya, memang saya ada anjing, nama dia Blackie.” Demikian pendedahan yang dibuat oleh Datin Seri Umie Aida tentang anjing penjaga yang dimilikinya sejak setahun lalu.

 

Ketika ditemubual My Forever Doggo, Umie menceritakan kisah bagaimana dia bertemu dengan seekor anjing jalanan di kawasan perumahannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by My Forever Doggo (@myforeverdoggo)

“Suatu hari, saya nampak mereka (sekumpulan anjing) macam minum air dekat tepi longkang, dari situ saya rasa kesian. Kenapa tidak saya sendiri sediakan bekas berisikan air berikan kepada mereka.

 

“Kemudian DBKL datang ambil, kecuali seekor anjing ‘Blackie’ yang melarikan diri, tak tahu dekat mana dia menyorok, itulah tinggal dia seekor sampai sekarang.”

 

Menurutnya lagi, Blackie sangat istimewa dan seolah-olah menghormati dirinya sebagai seorang Muslim.

“Dia tak pernah datang dekat dengan saya dan tidak minta saya untuk pegang dia pun. Malah, dia tak berak atau kencing merata-rata di kawasan rumah saya. Dia akan pergi masuk ke dalam hutan untuk berbuat demikian.

 

“Jadi, saya ajar anak-anak menyayangi haiwan, bila mereka tengok saya sayang kepada haiwan itu, rasa sayang mereka kepada haiwan ini juga akan datang secara semula jadi,” katanya.

 

“Kita tak boleh paksa orang untuk cintakan anjing, kucing atau burung ke, tapi hargailah mereka sebagai makhluk ciptaan Tuhan”

 

Tambah Umie Aida lagi, memandangkan situasi kita sekarang ini sangat stress dengan Covid-19 dan ekonominya.

 

“Jadi, kita janganlah seksa haiwan-haiwan ini, bila kita respect mereka, dalam masa yang sama mereka juga akan respect kita,” katanya.

 

Fuh, major respect buat Datin Seri Umie Aida! Haram tak semestinya kita perlu benci. Spread the love Maduners.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment