Upacara ‘Hentikan Hujan Lebat’, Pawang Hujan MotoGP Dikecam Malukan Indonesia – Manis Madu
Upacara ‘Hentikan Hujan Lebat’, Pawang Hujan MotoGP Dikecam Malukan Indonesia

Upacara ‘Hentikan Hujan Lebat’, Pawang Hujan MotoGP Dikecam Malukan Indonesia

Pawang hujan yang mencuri tumpuan ramai semasa perlumbaan MotoGP di Litar Mandalika kelmarin menerima kecaman daripada pelbagai pihak, terutamanya penduduk Indonesia sendiri.

 

Menurut laporan Suara.com, pawang yang dikenali sebagai Rara Istiani Wulandari itu dilihat basah kuyup ketika cuba ‘menghentikan hujan lebat’ yang membasahi Mandalika sehingga jadual perlumbaan terpaksa dianjak.

 

Aksi Rara itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, malah media asing juga tidak ketinggalan membuat liputan mengenainya.

 

Kebanyakan pengguna media sosial di negara ini menzahirkan rasa malu dengan aksi Rara dan ada juga yang memintanya supaya bertaubat kerana perbuatan tersebut jelas melanggar syarak Islam.

 

“Diharapkan dapat mengharumkan nama Indonesia, sebaliknya memalukan negara, malah menjadi ejekan semua orang,” tulis seorang pengguna Twitter.

Ada juga pengguna media sosial yang menyatakan mereka tidak sanggup melihat Rara berjalan dalam hujan sambil membawa peralatannya untuk menghentikan hujan.

 

“Hujan itu adalah fenomena semula jadi yang mana mungkin ditegah atau dihalang daripada berlaku.

 

“Jika hujan boleh dihalang, maka tidak akan berlaku bencana banjir di dunia ini,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

 

Malah, terdapat juga pengguna yang meminta Rara bertaubat segera kerana perbuatannya boleh menjadi syirik.

 

“Taubat segera Rara, jangan menyekutukan Allah SWT,” menurut pengguna tersebut.

 

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan Rara memperbodohkan diri sendiri.

Post a Comment