Wajib Ada Setiap Pasang! Ini Dia 6 Jenis Kasut Yang Wanita Patut Ada Dalam Almari Mereka – Manis Madu
6 Jenis Kasut Yang Wanita Patut Ada Dalam Almari

Wajib Ada Setiap Pasang! Ini Dia 6 Jenis Kasut Yang Wanita Patut Ada Dalam Almari Mereka

Sepasang kasut merupakan salah satu elemen penting dalam memberikan wanita keyakinan diri terhadap penampilan mereka.

 

Bayang diri Maduners memakai sepasang kasut yang memang cantik dan matchy dengan outfit of the day  Maduners, mesti mood happy jerr seharian. Sebab itulah kasut sangat memainkan peranan penting kepada diri wanita daripada aspek kecantikan luaran.

Madu boleh cakap yang elemen kasut ini dapat menyatukan seluruh pakaian, menambah gaya dan elemen penarik terdapat penampilan keseluruhan Maduners!

 

Tapi kenalah tahu jenis kasut yang mana sesuai untuk pakaian yang Maduners akan pakai, kalau nak tahu ada 6 jenis kasut yang memang kena ada dalam almari Maduners sebagai seorang wanita untuk setiap event yang berbeza-beza.

1. Flat Shoes (Kasut Sarung)

women-black-leather-flat-shoes-pointed-thick-heel-metal-decoration

Sumber Gambar: www.lelong.com.my

Kalau Maduners nak tahu kasut ini dekat luar negara mereka panggil sebagai ballet pump, tapi jangan salah faham, ini bukan kasu ballet.

 

Flat Shoes atau dekat Malaysia selalunya dipanggil sebagai kasut sarung sangat sesuai bila Maduners rasa nak pakai kasut yang berikan keselesaan.

 

Memang terbaik jika Maduners pakai bila kaki sakit akibat daripada pakai kasut tumit tinggi pada hari sebelumnya atau sepanjang hari anda menjalankan tugas dengan memakai high heel.

 

Tips! Untuk pengayaan yang lebih mudah, Maduners boleh beli kasut ini dalam warna hitam yang mana senang dipadankan dengan pakaian yang Maduners ada tetapi boleh juga nak beli dalam warna yang lain dengan syarat tidak ada pertentangan warna yang jelas.

2. Sport Shoes

Hello! Sebagai wanita yang sentiasa nak kekal sihat tubuh badan jenis kasut sport shoes memang kena ada!

 

Sebenarnya sport shoes ada banyak jenis, dari jenis yang Maduners boleh pakai ke gim dan juga jenis yang boleh pakai ke pejabat untuk keselesaan tapi masih bergaya. Keselesaan sport shoes ini memang boleh saing dengan keselesaan kasut flat shoes.

 

Paling penting mengenai kasut ini adalah sesuai menjadi pendamping yang ideal untuk hari malas.

3. Kasut Tumit Tinggi (High Heel)

High to the Heel! A must dalam almari kasut Maduners! Wanita mana saja tak ada high heel? Mustahil.

 

Madu pasti dalam banyak-banyak jenis kasut yang wanita kena ada, kasut tumit tinggi paling beri korang confident yang tinggi!

 

Idea baik untuk Maduners adalah untuk mempunyai kasut tumit tinggi beberapa pasang dalam warna yang berbeza agar mudah untuk Maduners padankan dengan pakaian Maduners.

 

Tetapi antara dua warna high heel yang Maduners wajib ada adalah warna hitam gelap dan juga warna nude. Taruhan paling selamat dengan dua warna ini sebab kedua-dua warna mudah dipadankan dengan hampir semua warna dan jenis pakaian lain.

4. Ankle Boot

ankle-boot

Sumber Gambar: nymag.com

Sekarang memang tengah famous jenis kasut ankle boot ini dalam kalangan milenial. Memang kena ada dalam almari kasut untuk pastikan Maduners stay trendy dengan trend terbaru dalam dunia fesyen!

 

Tapi Madu nak pesan kepada Maduners supaya bijak dalam padankan pakaian korang dengan ankle boot kerana jika pakaian dan kasut korang tak sepadan akan menyebabkan Maduners kelihatan pendek ataupun selekeh.

 

Tips! Kasut ini sesuai dipadankan dengan dengan seluar jeans dan juga gaun maxi yang bukan berwarna pastel.

5. Sandal Wedges

sandal-wedges-768

Sumber Gambar: www.kasutyou.my

Macam mana nak tambahkan sedikit ketinggian daripada kasut tanpa menyakiti kaki dengan memakai kasut tumit tinggi? Dah terang lagi bersuluh, jawapannya adala kasut sandal wedges!

 

Dengan sandal wedges, Maduners tak akan ada masalah seperti kasut tumit tinggi yang mana hujung kasut mungkin akan tenggelam bila berjalan di atas rumput, pakai jerr sandal wedges ini, tambah ketinggian pun dapat, keselesaan pun dapat!

 

Tips! Kasut ini dengan warna-warna neutral dapat menambahkan sedikit glamor kepada style pakaian Maduners, janji dipadan baik dengan pakaian.

6. Flat Sandal

flat-sandal

Sumber Gambar: www.luluandsky.com

Kalau bercakap mengenai cuaca Malaysia yang selalunya panas seakan-akan musim summer, sudah tentu jenis kasut yang sesuai adalat flat sandal!

 

Jenis kasut ini sangat sesuai jika Maduners ingat dapatkan gaya yang kasual, trendy tapi masih rasa selesa dengan kasut yang Maduners pakai, nasihat Madu bila pakai kasut ini pastikan pakaian Maduners lebih extra dan menarik kerana flat sandal boleh kelihatan terlalu basic.

 

Tips! Bila ingin membeli kasut jenis ini, cuba dapatkan flat sandal dengan tambahan hiasan bunga atau pattern kerana kebanyakan kasut flat sandal kelihatan terlalu basic atau kosong.

Dengan 6 jenis kasut yang Madu dah senaraikan Maduner kena ada dalam almari kasut, harap dapat membantu Maduners menggayakan pakaian secara harian dengan lebih fabulous!

 

~Stay safe Maduners~

Post a Comment