Sapu Kopi Pada Botol Susu Untuk Wean Off, Pakar Nasihat Jangan Sampai Ganggu Emosi Si Kecil! – Manis Madu
Sapu Kopi Pada Botol Susu Untuk Wean Off, Pakar Nasihat Jangan Sampai Ganggu Emosi Si Kecil!

Sapu Kopi Pada Botol Susu Untuk Wean Off, Pakar Nasihat Jangan Sampai Ganggu Emosi Si Kecil!

Bercerai susu badan atau wean off merupakan satu fasa yang bukan mudah bagi ibu-ibu.  Anak-anak cenderung meragam ketika dalam proses nak ajar mereka untuk berhenti. Namun, para ibu mesti cekalkan hati supaya berhasil ajar anak putus susu.

 

Seperti mana yang ditunjukkan dalam satu video di TikTok, seorang ibu ada berkongsi cara yang dilakukan untuk anaknya berhenti menyusu.

 

Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat membuat bancuhan kopi kemudian diletakkan pada botol susu anaknya.

@afifah.ml Mak mak je faham betapa struggle nak wean off anak #weanoffjourney #fypシ #tired #supermom ♬ suara asli – Aisyah Putri Maulana

“Mak mak je faham betapa struggle nak wean off anak,” tulisnya.

 

Anaknya dilihat merengek dan cuba untuk menghilangkan kesan kopi itu berkali-kali. Alahai, kesian pula!

 

Di ruangan komen, ramai para ibu turut berkongsi cara masing-masing untuk wean off susu anak. Ada yang menggunakan garam, akar kayu, asam jawa dan ada juga yang sapu minyak angin!

 

Menurut perkongsian seorang pakar, Dr Nurhaya Yaacob, berjaya dalam penyusuan dan wean off adalah satu proses. Bukan hari ini decide, esok jadi!

 

“Saya agak kurang bersetuju dengan pilihan meletakkan bahan-bahan di puting agar anak menolak untuk menyusu. Penyusuan susu ibu adalah satu perjalanan yang indah antara ibu dan anak. Sayang sekali ia diakhiri dengan cara yang traumatis begitu.

 

Saya pasti kita juga tidak suka direntap sesuatu yang kita suka kan, dan pasti kita akan meminta waktu untuk menerima secara perlahan-perlahan. Begitu juga dengan si kecil. Hormatilah perasaan dan jiwa manja mereka. Jangan akhiri sesuatu yang indah dengan cara traumatis begitu,” ujar Dr Nurhaya.

 

Beliau juga turut menyifatkan perkara sedemikian sebagai mementingkan diri sendiri kerana di saat anak tidak mahu menyusu, para ibu akan menangis-nangis mahu menyusu anak. Namun di saat nak cerai susu, di paksa-paksa si anak untuk berhenti menyusu.

 

Maduners boleh baca perkongsian Dr Nurhaya tentang tips untuk wean off tanpa mengganggu emosi si kecil. Selamat mencuba!

Capture (1)

Post a Comment