Wanita Bengang Polis ‘Pau’ Suami RM200 Dengan Alasan Tak Munasabah – Manis Madu
Wanita Bengang Polis ‘Pau’ Suami RM200 Dengan Alasan Tak Munasabah

Wanita Bengang Polis ‘Pau’ Suami RM200 Dengan Alasan Tak Munasabah

Dalam kita runsing dengan angka kes positif Covid-19 yang semakin meningkat meskipun dalam tempoh lockdown, timbul juga cerita berkaitan anggota polis ketika menjalankan tugas!

 

Menurut perkongsian @linlicious di laman Twitter, dia berkongsi tentang suaminya yang telah di ‘pau’ sebanyak RM200 oleh anggota polis ketika melalui sekatan jalan raya.

Difahamkan, suaminya yang ketika itu menaiki kereta bersama seorang lagi rakan/atau ahli keluarga ditahan polis atas alasan menggunakan kereta peribadi. Aikk, guna kereta peribadi pun kena ‘saman?’

 

“Alasan nak pau pakai kereta personal?? Otak kat mana, kat surat kerja kena mention ke kereta apa, no plate apa?? Dah kalau kereta tu rosak, pakai kereta lain still nak saman menyaman ke?” luahnya di laman Twitter.

 

Wanita itu menambah, suaminya berkata jika betul mereka telah melanggar peraturan maka dia rela dikenakan denda dan mengajak polis itu menyelesaikannya di balai namun tidak berjaya.

 

“Dia cerita yang dia cakap dekat polis tu if nak compound, compound je tak kisah dan dia ajak pergi balai tapi polis tu stay situ je,”

 

Polis berkenaan juga dikatakan memeriksa beg serta beg duit suaminya dan terus bertanya bagaimana untuk menyelesaikan ‘masalah’ tersebut.

 

Then dia minta check beg, lepas tu check wallet sekali. Motif? Lepas tu keep tanya sekarang macam mana ni??”

 

Susulan itu, kejadian yang dipercayai berlaku di sekitar Petaling Jaya itu telah dilaporkan ke pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

 

Faham semua tengah susah sekarang tapi matlamat tidak menghalalkan cara. Sedikit sebanyak perbuatan seperti ini telah mencalarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM)!

Post a Comment