Banjir Kilat Di Eropah, Harta Benda Musnah Manakala Puluhan Mati – Manis Madu
Banjir Kilat Di Eropah, Harta Benda Musnah Manakala Puluhan Mati

Banjir Kilat Di Eropah, Harta Benda Musnah Manakala Puluhan Mati

Hujan lebat yang berlaku selama beberapa hari telah melanda sebahagian Eropah semalam sehingga  memusnahkan beberapa kawasan  dan harta benda yang lain.

 

Air deras yang mengalir dengan cepat telah membanjiri seluruh bandar dan kawasan di Jerman barat dan selatan sehingga menyebabkan bangunan runtuh dan penduduk terkandas

 

Kira-kira 1,300 orang masih belum ditemukan di Jerman manakala 55 orang dilaporkan mati dalam banjir berkenaan.

 

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menyatakan bahawa jumlah mangsa yang terlibat dijangka akan meningkat dan usaha menyelamat secara besar-besaran terpaksa dijalankan.

 

Menurut laporan Daily Mail, Jerman adalah kawasan yang paling teruk dilanda dengan jumlah kematian sebanyak 49 orang, sementara enam kematian lagi didapati di Belgium.

Banjir Kilat Di Eropah, Harta Benda Musnah Manakala Puluhan Mati 01

Luxembourg dan Belanda juga turut  terjejas dalam bencana yang menimpa negara tersebut.

 

Manakala di Rhine-Westphalia Utara pula, seramai 30 orang telah ditemui mati dan 50 orang cedera manakala jumlah yang hilang pula masih belum dikenalpasti.

 

Menurut Canselor Jerman Angela Merkel semasa lawatannya ke Swansong dia memberitahu bahawa banjir yang berlaku itu adalah sebagai malapetaka.

 

Merkel mengatakan fokusnya kini adalah untuk menyelamat dan memberi tindak balas segera kepada mereka yang terkena bencana banjir. 

 

Beliau bersama menteri kewangan negara, Olaf Scholz juga berbincang untuk mengerjakan strategi bagi memberi bantuan kewangan jangka panjang sebagai langkah pemulihan.

 

Beralih ke Belgium, seramai enam kematian telah dilaporkan di negara jiran melibatkan wilayah selatan Wallonia yang bersempadan dengan Rhine-Westphalia Utara. 

 

Pemerintah Belanda bagaimanapun telah menghantar kira-kira 70 tentera ke wilayah selatan Limburg pada Rabu malam untuk membantu mangsa banjir walaupun sebahagian lebuh raya tersibuk di Belanda ditutup kerana air banjir yang meningkat.

Sumber Gambar: Daily Mail

Post a Comment