Wanita Berang Dikenakan ‘Caj Emosi’ Kerana Menangis Ketika Cabut Tahi Lalat – Manis Madu
Wanita Berang Dikenakan ‘Caj Emosi’ Kerana Menangis Ketika Cabut Tahi Lalat

Wanita Berang Dikenakan ‘Caj Emosi’ Kerana Menangis Ketika Cabut Tahi Lalat

Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendakwa dia dikenakan caj sebanyak AS$11 (RM46) kerana menangis ketika menjalani prosedur membuang tahi lalat pada badannya, lapor akhbar Mirror UK.

 

Caj tersebut dikategorikan sebagai ‘caj emosi’ dalam penyata bil yang diterima wanita itu.

 

Berang dengan caj yang tidak masuk akal itu, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Midge kemudiannya memuat naik foto bil tersebut di laman Twitter dan ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial itu.

“Mereka mengenakan caj tambahan untuk mengaut keuntungan daripada anda. Sangat licik! Mereka juga akan menambah ini ke dalam bil anda apabila mereka bertanya adakah anda tertekan kebelakangan ini,” tulis seorang netizen.

 

Seorang netizen lain turut berkongsi pengalamannya yang turut dikenakan caj tambahan selepas menjalani satu prosedur pergigian.

 

“Saya terjaga ketika mereka mencabut gigi geraham saya. Pihak klinik kemudiannya mengenakan caj terhadap ubat bius tambahan yang diberikan kerana saya terjaga,” tulis seorang pengguna.

 

“Saya pernah dikenakan caj ‘bantuan emosi’ kerana mengalami kekejangan,” tulis seorang lagi netizen.

Post a Comment