Ibu Sedang Berpantang 12 Hari Terkejut Terima Berita Anak Lemas Mandi Sungai! – Manis Madu
Ibu Sedang Berpantang 12 Hari Terkejut Terima Berita Anak Lemas Mandi Sungai

Ibu Sedang Berpantang 12 Hari Terkejut Terima Berita Anak Lemas Mandi Sungai!

Siapa sangka, tempoh berpantang menjadi memori pahit buat wanita ini apabila menerima berita kehilangan anak keduanya akibat lemas ketika mandi di sungai.

 

Nor Fariza Mat Rudin, 30, mengakui masih terkejut dengan tragedi yang menimpa anak leakinya, Mohd Naufal Mohd Azrul yang berusia 8 tahun.

Ibu kepada kanak-kanak lemas ini berkata, dia sedang berpantang hari ke-12 selepas melahirkan anak kembar lelaki dan berada di hospital kerana kedua-dua bayinya itu mengalami demam kuning.

 

“Kali terakhir saya berjumpa Mohd Naufal empat hari lalu kerana berada di hospital.

 

“Anak saya seorang yang manja dan sangat rapat dengan bapa saudaranya,” katanya.

 

Menurut laporan Sinar Harian , Nor Fazira, dia terus bergegas keluar dari hospital sebaik mengetahui insiden yang menimpa anak kedua daripada empat beradik itu.

 

Mohd Naufal ditemui lemas ketika mandi bersama bapa saudaranya, Mohd Hakim Faqih Nor Azmi, 16, di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang Sanggang pada petang Ahad. Namun sehingga kini, Mohd Hakim masih belum ditemui dan usaha menyelamt masih diteruskan.

 

Semoga segalanya dipermudahkan.

Post a Comment