Wanita Disangka Hilang 11 Tahun Lalu, Ditemui Tinggal Bersama Kekasih 500 Meter Dari Rumah Ibu Bapa – Manis Madu
Wanita, Sajitha Disangka Hilang 11 Tahun Lalu, Ditemui Tinggal Bersama Kekasih 500 Meter Dari Rumah Ibu Bapa

Wanita Disangka Hilang 11 Tahun Lalu, Ditemui Tinggal Bersama Kekasih 500 Meter Dari Rumah Ibu Bapa

Seorang wanita yang dilaporkan hilang dari kampungnya di Palakkad, Kerala sejak 11 tahun lalu, ditemui tinggal bersama kekasihnya di sebuah rumah yang hanya terletak 500 meter dari kediaman ibu bapanya.

 

Menurut India, wanita yang bernama Sajitha itu dilaporkan hilang pada Februari 2010 yang mana ketika itu dia berusia 18 tahun.

 

Difahamkan ibu bapanya tidak putus asa mencarinya selama bertahun-tahun namun menemui jalan buntu.

 

Ternyata, Sajitha tinggal secara rahsia di rumah keluarga kekasihnya, Alinchuvattil Rahman dan dia ‘dikurung’ di sebuah bilik tanpa pengetahuan ahli keluarga lelaki tersebut.

 

Mereka bertindak merahsiakan hubungan itu daripada pengetahuan orang lain kerana berbeza agama.

 

Tiga bulan sebelumnya, Rahman bertengkar dengan keluarganya dan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah berkenaan.

 

Pasangan itu menetap di kampung lain, tidak jauh dari rumah ibu bapa Sajitha tanpa pengetahuan keluarga sebelum ‘kantoi’ apabila diketahui salah seorang abangnya.

 

Pasangan itu kemudian dibawa ke mahkamah dan akhirnya dibenarkan tinggal bersama selepas Sajitha nekad tetap mahu bersama dengan kekasihnya.

 

Sumber Gambar: India

Post a Comment