Wanita Redha Berpantang Tanpa Bayi, Sindrom Edward Punca Bayi Pergi Selamanya
Keterujaan menyambut kelahiran cahaya mata direntap apabila saat-saat akhir kehamilan, kandungan wanita ini disahkan bermasalah.
Perkongsian oleh Haslina Ahmad melalui laman Facebook, meruntun jiwa apabila dia perlu melalui proses berpantang tanpa kehadiran bayi di sisi.
Menurutnya, sejak awal dia tidak mengalami sebarang masalah sama sekali. Namun ketika menjalani pemeriksaan, doktor mendapati berat badannya naik 2kg setiap kali diperiksa selain air ketuban yang agak banyak yang mana menunjukkan tanda-tanda tidak normal.
Setelah dirujuk kepada pakar, rupa-rupanya bayi yang dikandung Haslina berdepan masalah Syndrome Edward yang mana kandungannya mengalami jantung berlubang, bahagian belakang kepala penuh air serta perut yang kecil.
Hati ibu mana yang tidak luluh mendengar perkhabaran sedemikian? Perkara itu akhirnya disahkan setelah Haslina mengambil ujian air ketuban.
Sumber: Nur Haslina Ahmad
Beberapa hari kemudian, wanita itu melahirkan zuriat ketiganya namun tanpa roh. Difahamkan, ‘bayi syurga’ berkenaan pergi tidak sampai seminit lahir ke dunia.
Salam takziah buat Puan Haslina dan keluarga. Semoga Haslina sentiasa tabah dalam menghadapi ujian ini.
Sumber Featured Image: Nur Haslina Ahmad