Faye Kusairi Lumpuh Sebelah Wajah Sewaktu Sedang Hamil, Pakar Jelaskan Puncanya – Manis Madu

Faye Kusairi Lumpuh Sebelah Wajah Sewaktu Sedang Hamil, Pakar Jelaskan Puncanya

Pelakon Faye Kusairi berkongsi mengenai dirinya yang diserang penyakit yang dikenali sebagai bell’s parsy sehingga menyebabkan kelumpuhan pada sebahagian wajahnya.

Pada masa sama, serangan itu juga menyebabkan wajahnya menjadi sedikit senget (sebelah) dan mata serta mulutnya tidak simetri.

 

Mengulas lebih lanjut mengenai penyakit itu, Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr Arisman Abdul Rahman memberitahu penyakit itu adalah penyakit lumpuh atau lemah pada sebelah muka sahaja atau nama lainnya ialah Idiopathic Facial Paralysis (IFP) bermaksud punca sebenarnya masih tidak diketahui.

Tanda dan gejala itu disebabkan oleh kerosakan fungsi pada saraf muka (facial nerve).

Dr-Arisman-Abdul-Rahman

Sumber Gambar: Facebook

“Orang dewasa atas 60 tahun kelompok paling sering diserang selain perempuan mengandung mempunyai risiko 3.3 kali ganda.

 

“Mereka yang ada penyakit kencing manis adalah 29% lebih tinggi mendapatkan bell’s palsy,” kongsinya.

 

Berikut antara gejala dan tanda penyakit bell’s parsy:

1. Lemah atau lumpuh tiba-tiba pada separuh muka (berlaku kurang daripada 48 jam)
2. Sakit pada belakang telinga dan dalam telinga
3. Gangguan deria rasa.
4. Sudut mulut menjadi senget (pada tempat kerosakan saraf berlaku)
5. Mata tidak boleh tertutup rapat (pada tempat kerosakan saraf berlaku)
6. Lemah otot muka pada tempat kerosakan saraf berlaku.
7. Hyperacusis (masalah pendengaran)
8. Kurang air mata atau kering.

 

Selain itu, Dr Arisman menjelaskan, kejadian bell’s palsy dikaitkan dengan jangkitan kuman Herpes Simplex Virus tetapi ada faktor lain juga boleh menyebabkan bell’s palsy seperti jangkitan kuman virus, bakteria, proses peradangan, microvascular disease (diabetes mellitus dan hipertensi), atau dikaitkan dengan sejarah jangkitan kuman saluran pernafasan atas.

 

Perlu diketahui bahawa bell’s palsy TIDAK akan menyebabkan lemah atau lumpuh pada anggota tangan atau kaki dan perlu pastikan ia bukan gejala awal strok.

 

Hampir 80 ke 90 peratus pesakit bell’s palsy boleh sembuh sepenuhnya dalam masa enam minggu hingga tiga bulan.

 

“Ada yang sehingga enam bulan. Jika usia pesakit adalah 60 tahun ke atas, peratus kesembuhan sepenuhnya adalah berkurang menjadi 40 peratus sahaja. Insya-ALLAH ia boleh sembuh, rawatlah ia segera,” katanya Dr Arisma.

Post a Comment