Aksi Gadis Ini Pegang Ular Tedung Selar Buat Ramai Netizen Kagum! – Manis Madu
Aksi Gadis Ini Pegang Ular Tedung Selar Buat Ramai Netizen Kagum

Aksi Gadis Ini Pegang Ular Tedung Selar Buat Ramai Netizen Kagum!

Membayangkan makhluk reptilia yang satu ini selalunya memberikan rasa gerun dan takut dalam diri sesetengah individu. Tidak kurang juga yang merasa geli geleman bila disebut tentang ular.

 

Namun, terdapat segelintir individu di dunia ini yang dapat mengatasi rasa takut ini dan salah seorang daripadanya adalah gadis bernama Shweta.

 

Dalam sebuah video yang tular di media sosial, Shweta dilihat bermain dengan seekor ular tedung selar sambil melakukan beberapa aksi tanpa rasa takut, lapor India.com

Lebih mengagumkan, Shweta hanya berpakaian santai dan memegang ular berkenaan dengan sebelah tangan sahaja. Manakala sebelah tangan lagi memegang batang tongkat dan beraksi lagak profesional!

Menjengah ke laman Instagramnya, Shweta menyatakan bahawa dia adalah seorang pencinta ular dan hobinya adalah menangkap haiwan berkenaan sekaligus membuatkannya terkenal dalam laman sosial tersebut.

Post a Comment