Aktres Korea Song Yoo Jung Meninggal Dunia, Dipercayai Bunuh Diri! – Manis Madu
Aktres Korea Song Yoo Jung Meninggal Dunia

Aktres Korea Song Yoo Jung Meninggal Dunia, Dipercayai Bunuh Diri!

Masalah depression dan tekanan mental semakin hari menjadi isu yang semakin serius. Selebriti Korea merupakan antara golongan selebriti yang sering dikaitkan dengan masalah ini berikutan beberapa kes bunuh diri telah direkodkan.

 

Pelakon Korea Selatan, Song Yoo Jung pula telah dilaporkan meninggal dunia Sabtu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 송유정 (@u_jjooung)

Pelakon wanita berusia 27 tahun itu dipercayai mati kerana membunuh diri. Namun, sehingga kini masih belum ada maklumat lanjut berkaitan kematiannya.

 

Yoo Jung memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2013 dan pernah membintangi drama seperti Tell Me Your Wish, School 2017, dan To My Name.

 

Mendiang juga pernah membuat kemunculan dalam muzik video lagu Goodbye Road nanyian kumpulan iKON yang diterbitkan dua tahun lalu.

 

Yoo Jung juga selalu menjadi pilihan produk kecantikan di sana sebagai duta kerana kecantikan rupa parasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 송유정 (@u_jjooung)

30 Disember lalu merupakan kali terakhir mendiang memuat naik gambar di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dia tersenyum manis memandang ke arah kamera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 송유정 (@u_jjooung)

Sumber: www.mstar.com

Post a Comment