Anggota Polis Dipercayai Tembak Anak Sebelum Bunuh Diri – Manis Madu
Anggota Polis Dipercayai Tembak Anak Sebelum Bunuh Diri

Anggota Polis Dipercayai Tembak Anak Sebelum Bunuh Diri

Seorang anggota polis bersama anaknya berusia tujuh tahun dipercayai maut di dalam sebuah kenderaan miliknya di Taman Sentosa Jaya, pukul 6.42 petang, semalam.

 

Menurut ketua polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihak mereka menerima panggilan pada jam 6.42 petang dan memaklumkan terdapat lelaki berusia 35 tahun ditemui mati bersama seorang kanak-kanak lelaki.

lelaki berusia 35 tahun ditemui mati bersama seorang kanak-kanak lelaki

Menurut Sinar Harian, siasatan awal mendapati anggota polis berpangkat koperal yang ditemui mati itu menembak anak lelakinya terlebih dahulu sebelum menembak dirinya sendiri dengan menggunakan pistol dari pasukan.

 

Hasil siasatan yang dijalankan terdapat kesan tembakan di bahagian kepala kedua-dua mayat berkenaan.

 

Punca sebenar kejadian masih tidak dapat dikenal pasti, namun dipercayai berkaitan dengan masalah keluarga.

 

Kes berkenaan akan di siasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan laporan mati mengejut.

Post a Comment