Bermewah Naik Jet Peribadi, Instafamous Didakwa Seleweng Duit Bantuan Covid-19 – Manis Madu
Instafamous

Bermewah Naik Jet Peribadi, Instafamous Didakwa Seleweng Duit Bantuan Covid-19

Kehidupan seorang yang bergelar Instafamous sering dikaitkan dengan kehidupan mewah dan penuh bergaya sejajar dengan apa yang ditonjolkan di media sosial.

 

Namun, siapa sangka kehidupan mewah seorang Instafamous ini rupanya terpalit kisah kurang enak! Danielle Miller, 31, didakwa menggunakan butiran individu lain untuk memohon bantuan kewangan berkaitan Covid-19.

 

Malah, dia turut dituduh menggunakan wang terbabit untuk membayar kos perjalanan menggunakan pesawat peribadi.

 

Difahamkan, model itu menggunakan identiti pihak lain untuk memohon bantuan yang sepatutnya diberi kepada peniaga kecil yang terjejas akibat Covid-19.

 

Selain itu, Miller juga dilihat membuat hantaran di laman Instagram pada 10 April bergaya di atas sebuah kereta mewah BMW M4 serta lain-lain kemewahan yang ditonjolkan.

 

Tindakan ini jika sabit kesalahan akan menyebabkan dia dikenakan hukuman sehingga 20 tahun dalam penjara! – Daily Star

 

Sumber Gambar: Daily Star

Post a Comment